Wednesday, March 31

kari kapla ikan

fuhhh enaknya kari kapla ikan kat kg attap tadi. baunyaaaa harum semerbak melekat kat jari keharumannya. rasa cam tanak basuh tangan lepas ni takut bau hilang.. kuning jari2ku menunjukkan betapa banyaknya serbuk kunyit digunakan.. atau betapa hebatnya serbuk kunyit cap x hingga meninggalkan kesan yang tidak terbilang dijari2ku..

kalu kari mamak memang aku tak tolak.. always IN never OUT and never REJECT one. haaa gitulah fanatiknya aku.

tak abis makan tadi.. besau sangat kapla tu.. tapau bawak balik.. balik kang bleh cicah roti... slurpppp. nasib baik tadi ramai orang dan sifat2 kewanitaanku mengalahkan segalanya. kalau idak mau ku sedut ngan straw kuahnya tu..


sandwich nukilan sendiri

boring ngan makanan kat bawah ni... asik2 nasi lemak, bihun goreng, mee goreng, kuetiau, lontong, nasi impit kuah kacang, kuih-muih. kekadang rasa malas nak turun. kat opis disediakan biskut kering dan minuman ringan. aku gak yang pegi beli. ishh tak gemar le makan biskut kering ni walau kebuluran sekali pun. beli untuk staff yang lain dan kadang2 masa miting mintak ada hidangan ringan.

kat opis ni tak de tealady. opis kecik. kat hq lain ler... dulu masa kat hq memasing mewah ngan minuman yang pelbagai. kat sini kalau ode kat aku.. paling bagus dapat ler chinese tea dan paling koman dapat ler air kotak sorang satu hehee


eh melalut pulak dari bfast ke kisah lain. sebenarnya tak de idea nak tulis apa.. saja nak tulis ari ni terajin sikit buat sandwich telur. itu aje. lain kali nak buat sandwich tuna pulak. okeilah cau cincau dulu yer..


Tuesday, March 30

~Lagu~

terpaksa dibuang. banyak sangat iklan sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sini. ada cara lain tak? sekarang rasa smooth aje.. klik klik terus masuk... ahhhh mudahnyaaaaa



~Penculik Dompet~

petang semalam.. ingatkan nak makan kat Delifrance sebelah MPH.. under construction pulak jadi kitorang patah balik nak turun ke LG. tetiba kecoh ada dua orang dewasa sedang berkejar2an. terpinga2 kitorang.. rasanya macam tarik2 baju. yang sorang dah tersandar di pintu keluar ke Cititel. rupanya2 jejaka berbaju biru tu sedang menangkap si pencuri dompet. entah macam mana sipencopet berjaya meboloskan diri keluar. kedengaran suara di gadis menjerit minta tolong.. diluar Cititel orang meluru turut mengejar.. tak tahulah berjaya ke idak.. lama gak kitorang terpacak menantikan adegan seterusnya.. hampehhh!! lepas agaknya bila sijejaka berbaju biru masuk kembali sambil mengangkat bahu...

Monday, March 29

~Lawatan~

memang berhajat nak melawat mem wan petang tu. lambat pulak bpren sampai sangkut dalam jem katanya. sebelum tu koling2 banyak kali asik tak berangkat rupa2nya hp tertinggal kat rumah lepas balik nak sembahyang jumaat.

makanan yangku bawa tak dapat dijamah empunya diri.. wan bawa pulang.

didalam tidurnya.. aku sempat berbisik minta dia sehat segera dan memberitahu aku sekarang sedang berada disisinya. harap2 dia boleh mendengar. tangannya ku usap2 tanda kasih dariku.

inginku kucup dahinya.. aku tak mampu. wayar2 yang berselirat menghalang. aku mungkin mencederakannya dan mungkin kuman2 diwajahku beralih ke dirinya pula...

buat wan,
begitu tabah menghadapi segalanya. bukan baru dan bukan sehari dua namun masih setia.
~ FARAHBALQIS ~

sungguhpun masih belum berjaya mengesan siapa empunya diri sekurang2nya ARSHAH bukanlah orangnya. beriya2 dia menafikan. teruk gak kena belasah ngan ASLI.

~ BULI ~
Buli (M)

Official Site: N/A

Synopsis:

When he was younger, Nordin (Afdlin) used to be bullied by a guy called Roy (Isaac), who would physically and mentally abuse him. However, after leaving university, Nordin gets a job at an Internet security software developer called Michaelsoft Sdn. Bhd., where he gets a reputation as a big-time computer whizz. That is until a grown-up Roy gets appointed as his superior.

Afdlin Shauki, Hans Isaac, Nasha Aziz, Patrick Teoh, Soraya Dean
Afdlin Shauki
11 March 2004
U
1 Hour 56 Minutes


sabtu lepas mencari kesempatan menontonnya bersama Along. sebenarnya tak payah tergesa2 nak keluar sbb tiket dah booking. saja nak bawak Along jalan2 kat sini...

kitorang sampai mid val naik teksi dalam kol 12 tgh. amik tiket dan makan. pastu singgah di kedai haiwan, jengok2 cd terbaru.. tempat game dan boling. movie stat kol 1.30pm.

boring agaknya dia.. movie nak stat dia pi nyorok bawah kerusi. tengah2 syiok dia nak ke bilik air laaa.. nak tukar tempat laa.. nak bangkit laaa... adussssss

Friday, March 26

gerammmmm

malam tadi terima satu sms dari seorang teman. 'tidak dapat join gathering' bersama alasan yang munasabah dan munasarawak. aaaaaahhhhh tetiba rasa sedih sesangat.

kenapalah susah sangat hendak menemukan kembali teman2 sekalian. bukan selalu gathering ni di adakan. dah ler jemput raya tak datang.

oklah.. tak mau tulis lagi lah. kang tak pepasal moody plak ari ni..
ari ni nak bersantai sambil cuci mate kat sebelah....

Tuesday, March 23

foot reflexology

tetiba teringin nak massage kaki. lepas makan terus pergi kekaunter pertanyaan bertanyakan dimana kedai massage kaki. pernah ternampak ari tu tapi lupe kat mana.

syiok gak yer urut kaki ni.. 4 kakitangan yang kesemuanya buta sedia memberikan perkhidmatan urutan foot reflexology dan urutan bahu dan kepala. setengah jam RM30. kalau lama sedikit mau terlena atas katil dia tu..

dipenghujung urutan kaki ditekan2 sebelum dilipat ke paha. fuhhh!! bila berjalan rasa ringan aje... sempat bertanya ada penyakit yang dapat dikesan ke?. alhamdulillah sehat walafiat nampaknya cuma kurang tido katanya. heheee tu tak dinafikan...
semalam yang tercuti suku hari

tengah enak menjamu selera di Makan Place bpren call kak cik muntah2. pagi tadi dia mengadu sakit kepala. ingatkan tak kritikal. siap2kan macam biasa nak hantar pegi rumah utih. pagi tu bpren dah bawak ke klinik. dr bagi ubat sakit perut, muntah, pening kepala, selsema dan batuk. mmm banyaknya ubat nak kena makan. dr kata tak da apa2.. angin aje

lepas menyiapkan tugas2an penting segera hantar email kat bos bagi tau nak pulang segera anak tak sehat. macam tau2 pulak.. tetiba bos muncul. terus tanya dah dapat ke email. dah katanya. tak payah apply cuti tapi jangan bagi tau orang lain.. hehee

sampai kat rumah segera talipon utih nak ambil acik sahaja. yang lain2 tak mau. melalak2 kak ngah nak ikut. ishhh mane bleh ikut kang lain yang demam lain pulak yang mengada2.

kesian nengok acik terbaring aje. kejap2 mengadu sakit kepala minta dipicitkan. bagi ubat menyembor2 dia muntah.. ajak gi bilik air tak mahu. nak dokong tak larat pulak.. dah besar cam mak diaaa.. letak gak icebag kat kepala. lega sikit kut.

malam tadi sambil tido mintak dipicitkan kepala lagi. kesiannya kecik2 dah sakit kepala. agaknya banyak sangat makan angin kat bagan lalang tu.. nasib baik along dan angah tak de apa2..

Monday, March 22

ctzie: baru update ler dik.... hehee
zhoulsz: ekekkk dah lame tak tukar.. ari tu silap teknik sket.. tunjuk ajar bleh yer..
kakngah: tulih mana2 pun bleh.. asal ada..
ep&zar: cuti tahun lepas belum jalan lagi.. yang amik sekarang ni cuti 2 tahun lepas..
nina: nak mekap muka tak reti... mekap blog pun jadi ler
ep &zar: lipstick free.. kalau beli RM20++ ada kut.. ahaksss!! baru beli lipstik avon plak.. murah aje... sape nak bagi lipstik pree lagi yer??
zar: hari tu kak ngah tak sehat
rajiah: rajiah, memang maybeline yang offer lipstik pree tu.. promosi kut
seronoknya cuti

khamis lalu saje ambil cuti tahunan. lepak2 sambil mengemas rumah. ingatkan nak balas dendam ngan tidur atau membaca. hajat tak kesampaian.. seronok melihat rumah kemas dan bersih. inilah masanya... bila lagi

jumaat - surprise tuk anak2.

"hari ni tak gi rumah utih ke mi?"
"tak.. hari ni umi cuti.. dok rumah ngan umi yer"
"yea.. yea.. tak pegi rumah utih" amboiii seronoknya

pagi2 pegi beli bfast ngan dorang kat bawah. mula2 nampak berdisiplin.. dengar kata dan patuh... lepas beberapa ketika masing2 mula tunjuk belang... main bola dalam rumah, kasut bersepah2.. aduhhhh!! rasa tak berbaloi mengemas semalam..

dua tiga kali mengarah minta dikemaskan balik mainan.. hampeh!! tak jalan langsung.. penat membebel dan mengemas balik... nak suruh tido pun liat.. fenin! fenin!!

haiiii lain yang nak di surprise lain pulak yang tersurprise...

sabtu - jjcm

orang sebok nak gi mengundi, bpren sebok ajak bercuti. habis camne nak balik kg mengundi ni?? dah ler selama ni belum pernah mengundi... "alaaa.. dah janji nak bawak bebudak bercuti.. lagi pun cuti sekolah tak bawak pegi mana2" senang aje bpren jawab.

maka petang tu berangkatlah kitorang ke BAGAN LALANG. menginap semalaman di HOTEL SERI MALAYSIA SEPANG BAGAN LALANG . malam tu pekena seafood di Restoran Terapung HM Seri Bagan yang terletak tak jauh dari hotel. hmmm enaknya pepahat, udang, sotong dan ikan yang segar. kak ngah meragam nak balik cepat.. ngantuk katanya.. alahaiii orang sebok nak makan dia sebok nak tido plak..

pagi sebelum check-out bebudak sempat lagi berkubang di kolam mandi. aku tak ikut.. sekadar mengemas kain baju dalam bilik.

sebelum pulang sekali lagi ke tepi pantai memborong ikan, udang, sotong dan pepahat. tak tau ler murah ke mahal. semua sekali RM70 selepas urusan tawar menawar.

Wednesday, March 17

Lipstik free

dalam pada bz tu pun sempat lagi berlari ke mega mall. 2 kali zura call ajak gi redeem voucer. voucer tu dalam star. terpaksa mencantas suratkabar ed semata2 nak dapatkan yang free.

sesampai di kaunter maybeline... "maaf cik, dah habis" hehee.. melopong.. cepat2 talipon zura yang baru nak keluar. "melepas kita nak lipstick free".. tu ler lewat sikit keluar
bz ooo petang ni

macam tau2 aje esok dan jumaat aku nak cuti.. tetiba pulak banyak keje. nak set transportation ke site office tuk bosses minggu depan. surat2 berduyun2 tiba untuk dihantar keluar. projek LPP ngan tanjung bin. silap2 tertukar letterhead dan ref. kan ke haru hehee. kedua2nya memerlukan templete dari sistem yang berbeza.

nak email kekawan pasal gathering kat sg congkak pun tak sempat. minggu depan lah yer... kalau ada kekawan yang terbaca posting ni please take note..

18 April 2004, bertempat di sg congkak.. gathering JK

yang lain2 akan diumumkan melalui email kemudian.

Tuesday, March 16

Hari ini

bz buat surat cari sponsor tuk POWERMAN yang akan berlangsung tak lama lagi. kalu ada kekawan nak sponsor bleh gak... tak mahal dalam RM50k, RM25K, RM10k, RM5k ajeeeeeee. partipation by group RM3k.. tak mahal kan kannn kannnnn

uuwwwaaaa..... zzzzzz

apa see ngantuk sangat pagi ni hah?? mentang2 bos tak de 2 hari.. bermaharajalela tul aku.. tugasan ada ni.. semalam aje 2 x bos call henpon. yang kali ke 2 tu aku baru nak makan kat restoran mamak... entah hapa pesanan penajanya aku tak bleh nak dengar... aaa'aa a'aa

ari ni aku ngan bala aje yang ada kat opis.. waktu menaip ni si bala dah hilang entah kemana. bebudak RP ada sorang. macam tak ujud aje dorang tu lebih2 lagi tak de urusan secara langsung ngan aku. kalu bawak gi soping sure cerah mata ni hehee


Monday, March 15

Email dari seorang teman

Hi all!

For those who haven't heard, I was hospitalised three weeks ago due to some complications with my old ceasarean section from my first baby, which, although was carried out one and a half years ago, decided to break down, re-open and cause me some misery.

As a result of the wound breakdown and the possibility of a recurring diabetec/high-blood pressure pregnancy, I've been advised to take it easy. Therefore, although I'm not due to deliver Ainul Hannatul (assuming it's a girl, which I'm sure it is!) for another four to five weeks or so, I shall be taking time off a month early to rest at home while having regular check-ups at the hospital.

Hence, I shall not be able to access this email from next week until further notice (i.e. for the next 3-4 months or whenever). However, you can still reach me via xxxxxxxx@yahoo.com or my handphone at xxxxxxxxxxx.

OK guys, wish me luck and keep in touch. I'll let you know as soon as Nisa arrives.

Bye for now!

nota : semoga segalanya selamat geng!! jaga diri

Friday, March 12

lagi kisah berat badan

singgah kat barangan OSIM. heee sesaja nak tes timbang berat badan yang berharga RM500++. sekali ngan body mass index. mmm bagus tu. bukan nak beli saje nak bagi salesman tu ada keje...

berat badanku masih ditahap normal w/pun indexnya tersasar sedikit hehee. bpren plak dah terover doss. mana tak.. perutnya aje dah cam orang pregnan 6 bulan.
AIRKON

semalam survey ekon kat jj. ada satu spesis tu RM699 + free installation. rerasa nak pasang dalam bilik biar bebudak tido lena. kitorang perhatikan kalau pergi bercuti dimana2 pasang ekon bebudak tido lena sampai ke pagi. tak kerap terjaga malam. itu dulu.

sekarang ni memang lena pun walau hanya pasang kipas no. 1. dengan kipas no. 1 tu jugak aku tido pakai setokin dan berselimut. tanak bagi angin masuk badan konon hehee

perlu ke pasang yer?? offer tu sampai bulan mei nanti. masih ada masa nak memikirkan...

Thursday, March 11

MIGRAINE

nak tau lebih lanjut?? jelajahilah farmasisas.tripod.com/migraine.htm

Wednesday, March 10

gambar rakyat jelata





Tuesday, March 9

put on weight lagi???

lepas makan timbang berat badan kebetulan ada kat sebelah kaunter. amakkk aiiiii!!! mesin ni rosakkah atau aku dah mengepam angin?? tak puas hati.. balik tu singgah JJ beli penimbang nak letak kat opis.

berpuluh kali timbang.. tak puas hati punya pasal..

letak kat sebelah meja. orang lalu lalang ke bilik bos memang nampak punya. so bos peserta ke 2 mengetest power... bos kate mesin ni rosak.. berat dia 65kg... ekekkk
pagi ni en noor pun test power... berat dia 74kg.. lagi sekali kate mesin ni rosak.. kes tak caya ler tu.. peserta ke 4 blom tau sape..

aku?? tak tau nak caya ke idak.. memang terasa lemak berkepuk2 di sana sini...

Monday, March 8

geng yang silih berganti

ct salmah nak berhenti?? alahai tak syioknya.. baru nak kenal rapat ngan anak buah kak rupi ni.. dah kena paksa join co lain pulak.. tak paham sungguh kaitan antara JPSB ngan RJSB. hanya cabang bisnes yang sama... habis semua staff yang dibawa dari MB dibawa masuk ke JPSB. kabarnya kak lin akan mengantikan tempat ct salmah. kak lin ni geng lama sebelum kena vss. adakah kak lin akan memberi kerjasama sebagaimana ct salmah??
pindah lagi ker??

itulah rumes yang terbaru. kabarnya bila TGB masuk ke opis di hq (KLS) kitorang akan takeover tempat di 27-7. dan space di sini akan diisi oleh smelter.

kabarnya bos kitorang tak setuju ngan perpindahan ni. iyelah memasing dah selesa kat sini. keluar masuk tak de sape nak monitor. staff pun brape kerat sangat. ada orang ke tak de orang kat opis ni tak de sape yang kisah... janji kerja masing2 siap on time.

hai entahlah!! tak de sape bleh kompomkan setakat ni.. tunggu ajelah arahan mgmt seterusnya...
sabtu yang meriah

kak ngah tak sehat sangat lagi. hantar tetap hantar ke rumah utih sabtu2 gini. bukan apa senang nak kemas rumah. baru nak buat bfast tuk diri sendiri kat dapur along bagi salam nak gi bilik air. mak utih lepak kat bawah ler tu sambil nyembang ngan kekawan dia. memula along balik sorang pastu berderet adik2 dia balik sama.

dorang dah bfast nasi lemak. malas nak layan.. aku terus ngan tugasan sabtuku.. kak ngah terbaring di sofa. yang dua tu buat macam tetamu pulak.. duduk elok2 kat kerusi sambil mengadap tv... ekekkkk kelakau ler pulak..

masa terus berlalu memasing tak bergerak2.. cam tanak gi rumah utih aje. bila suh pegi aje along terus jawab
"mi, along tanak gi rumah utih ler"
"along.. umi nak kemas rumah.. umi tak bleh nak tengok2kan adik kalau ada apa2... byk keje nak kena buat ni...!!"
"tak pe.. biar along jaga adik" elehhh dia sendiri usik adik... nak harap jaga adik plak?? ish.. ish.. ish...

dan seterusnya duduk ler kat rumah sampai ke petang.. dalam pada membebel tu siap jugak kerja2ku. apa taknya.. asal bersepah sikit cepat2 dorang kemaskan balik takut kena hantar rumah utih... ekekkkkkk

kadang tu kesian kat dorang.. sabtu ahad ler hari nak bermanja ngan mak abah.. sabtu bpren keje separuh hari, maknya pulak sebok nak mengemas rumah. takut kita kat bilik air dia dok panjat2 pastu jatuh ker cedera ker.. yang kena marah mak dia jugak sbb tak nengok anak. tu sebab hari sabtu kena hantar dapat ler berkemas rumah tanpa gangguan. bila dorang balik rumah dah siap berkemas dan bersih baru rasa selesa nak berhari minggu.

Friday, March 5

semalam yang ter EL

tengah syiok membelek kertas2 yang belambak atas meja tetiba hp berbunyi.. sape plak ni?
"elloo, boleh saya bercakap dengan pn n"
"iye, sedang bercakap ni.. ada apa hal?"
"saya cikgu tadika, angah tak sehat ari ni.. badan lembik macam nak muntah pun iye gak.. kalau boleh tulun amik dia bawak balik, boleh tak?"
"kalau gitu, tak pelah nanti saya datang amik.. terima kasih cikgu"

ingatkan bpren gi hantar rumah utih rupanya angah nak umi yang jaga. hehe terpaksalah amik cuti lagi sehari. nasib baik tak de kerja yang urgent sepeninggalan 2 hari tu.

tak bawak gi klinik pun bpren ada keje rushing nak kena siapkan. makan ubat yang ada dalam simpanan aje.

masa kat rumah letak icebag kat kepala kak ngah. dia asik merengek tanak.. sejuk katanya.. memang ler sejuk baru keluar dari petiais..

dalam kol 2.30pm acik balik siap bawak bakul lagi. alahaiii balik terus ler nampaknya ni.. kita nak jaga angah dia plak sebok nak balik rumah.. nak tak nak suruh masuk gak ler... dorang ni kalau dah berdua memang kecoh. yang demam pun jadi sehat kalau dah jumpa geng.. semak balik laaa rumah yang baru dikemas.

balik sekolah agama along terus balik ke rumah.. pun tanak pegi rumah utih. nasib baik demam angah tak kritikal.. kalau idak teruk gak nak melayan karenah dorang2 ni sorang2.
sya/nina/ijan: entah apa ler berita fanas tu yer... hehee tak sabau ni..
angah: uuuwwaaaa nape tak pegi!!
ijan: hish! ape beritanya? suspens ler...
zareda: tunggguuuuuu
ijan: laksa kat little penang ngan laksa kat time square memang enak.. RMnya pun lebat gak..
sya: jalan sesorang mati kutu plak.. kena ada geng yang satu kepala baru bes hehee
mely: cuba try test lagi.. hehee mana tau berjaya kali ni..

Thursday, March 4

hari ni stat kerja balik lepas cuti 2 hari. semalam pi shopping kat pertama dan sogo ngan asli. seronok shopping pagi2 ni dalam suasana yang tenteram jauh dari hiruk piruk dan kesebokan. keluar pukul 9 pagi asli datang jemput kitorang bfast dulu kat tanglin.

sementara menunggu sogo bukak kitorang lepak kedai gambar. lepak punya lepak tawar punya tawar entah dirancang atau tidak asli terbeli digital camera berRM1140. ku tengok asli beli pakai sain aje... zass siap hehee hati melonjak2 nak beli jugak... heheee sabau ajelah

pertama, sogo, jalan TAR, jalan masjid india dan patah balik ke sogo makan masa 4 jam lebih kurang. fuhhhh letih kaki berulang alik. kalu aku soping sorang2 tak de nye sebegitu lama...
noret: hai noret, nanti senang kita berym yer... muahhhh
zareda: ekekk cuti nak gi soping ler zar
Mely: cuti loooooo hehee
ctzie: beli sepasang aje ct.. tu pun 10x pikir.. nak beli ke idak.. nak beli ke idak..
ep: ada lagi 29 hari kena habiskan tahun ni juga..
Mely: ari ni dah ujud balik... eeeyaahuuuu!!!!
sya: ekekk jemput masuk sya..
sya: w'kum salam...
nina: jangan ler gitu geng.. cuti nak merehatkan fikiran konon bila dah lama rasa malas nak datang keje.. heheee
seriadriani: jemput2 seri.. ep & zar memang geng lama...
kakngah: sehat alhamdulillah kak ngah..
ep: orang kate kalah membeli menang memakai walaupun hakikatnya jarang membeli yang mahal... memang selesa kasut tuu..

Monday, March 1

MEGA SALE

buhsan ler asik2 beli barang orang. barang sendiri tak reti nak beli.. susah nak beli.. cerewet sangat ker aku ni??? rasanya idok ler pulak..

tadi gi kamdar beli lining langsir.. nak tukar yang lama. langsir pakai ajelah yang tu.. pastu singgah kedai tai.. beli satu tai satu klip tuk bpren tercinta.. bungkus cantik2 biar dia seprais sikit... bday dia lambat lagi saje aje nak bagi sementelaah hint2 mintak tai... hehee

minggu lepas, demi nak memuaskan hati aku beli sepasang kasut kasual untukku sendiri yang regenya agak mahal sedikit. mahal ler tu sbb aku tak pernah beli kasut semahal tu hatta kasut hantaran kawinku
ari ni sakit2 badan ler... nape ekkk??
padahal semalam tak byk buat kerja rumah.



mintak2 ler diberi kesehatan ari ni dan hari2 seterusnya. marilah kita bergumbira. karnival jualan sudah bermula hehee