Monday, December 29

sejak keje kat sini hari2 ke sebelah. kalau tak soping.. window sop.. paling tidak pun gi makan.. setakat jj metrojaya K4 MPH foodcourt little penang dah hafal sangat...

hari ni geng kls ajak makan kat little pen.. sebenarnya aku dah agak boring ngan menu kat situ maklum ler aku ni spesis makan nasik. kalau hari2 meng'little pen' alamak tak sampai cukup bulan kopak ler pokek aku.. hehee

nasib baik menu kat makan place memenuhi seleraku.. harganya begitu ekonomi pilihan pun banyak. dah lama tak makan tengahari berharga RM2.50. terkezzut beruk aku memula dulu. untung ke idak ke dorang berniaga ni?? ishhh... sape nak berniaga kalau tak untung.. iye tak??

dulu masa memula nak pindah sini aku risau gak. makan dah ler mahal segalanya ada depan mata plak tu.. kalu tak bleh kawal nafsu soping... memang rabak dibuatnya!! bila dah lelama bak kata orang alah bisa tegal biasa.. alhamdulillah lama kelamaan aku mampu mengawal diri lebih2 lagi tika sale sedang berlangsung. ini bukan kali pertama opisku berjiran tetangga ngan soping komplek. masa kat shah alam dulu, alam sentral baru dibuka maka tak banyak barangan dijual. sebahagian masih under renovation. kat sana aku tak lama.. dalam sebulan aje lepas tu aku mintak ditukar ke brickfield tuk bersama2 ngan bos 'tercinta'... heheee

sebenarnya aku tertarik ngan artikel majalah Jelita bulan ni kalau tak silap aku.. berkaitan belanjawan dan kewangan. nanti senang2 aku masukkan kat sini secara kasar apa yang perlu dilakukan bila mengurus kewangan.

No comments: