Wednesday, February 4

planning minggu lepas, nak teman ikin (anak buah) gi soping barangan nak ke asrama semalam. last minitku tukar planing. saja nak bersantai ngan anak2 kat rumah. aku jarang ada peluang bergader2 kat rumah ngan anak2 kalau bpren tak de... bpren kerja semalam hanya balik sekejap tgh tu . bpren tak harap sangat aku jaga bebudak tu sensorang.. dorang tengah lasak dia takut aku tak tertengok bebudak tu nanti... sorang kat sana berdua kat sini.. panjat sana panjat sini.. aku mengemas dalam bilik dorang 'buat kerja' kat bilik lagi satu.. tak kuasa aku nak terjerit2 marahkan dorang.. aku cuma tegur2 sikit aje..

alhamdulillah keadaan terkawal semalam. memang tak sempat aku nak menyidai dan melipat kain. sekadar mengemas apa2 yang patut aje. sinki kejap aje dah penuh ngan pinggan mangkuk dan cawan.. nak menidurkan dorang?? dua tiga kali ler aku terlelap bila terjaga tengok dorang masih leka bermain.. aku acah2 nak tipon abah dorang baru ler nak dok diam pejam mata... alahaiiii jangan ler dera mak lebih2 nak oooiii...!!

kalau kebiasaannya aku tido jam 10.30 atau 11malam. malam tadi jam 12 lebih baru tido selepas menyelesaikan tugasan tertunggak.

namun seronok rasanya dapat memerhatikan karenah anak2 sepanjang hari ni. dorang nakal sikit aku ugut nak hantar rumah utih (baby sitter). elok ler kejap pastu stat ler balik aktiviti dorang.. aku perhatikan along begitu penyayang. kejap2 mencarik adik2 walaupun kerjanya asik nak menyakat aje... kejap lagi datang kissing dan hugging aku.. begitu lembut dakapan dan ciumannya.. alahaiii terharunya!!

No comments: