Monday, March 29

~Lawatan~

memang berhajat nak melawat mem wan petang tu. lambat pulak bpren sampai sangkut dalam jem katanya. sebelum tu koling2 banyak kali asik tak berangkat rupa2nya hp tertinggal kat rumah lepas balik nak sembahyang jumaat.

makanan yangku bawa tak dapat dijamah empunya diri.. wan bawa pulang.

didalam tidurnya.. aku sempat berbisik minta dia sehat segera dan memberitahu aku sekarang sedang berada disisinya. harap2 dia boleh mendengar. tangannya ku usap2 tanda kasih dariku.

inginku kucup dahinya.. aku tak mampu. wayar2 yang berselirat menghalang. aku mungkin mencederakannya dan mungkin kuman2 diwajahku beralih ke dirinya pula...

buat wan,
begitu tabah menghadapi segalanya. bukan baru dan bukan sehari dua namun masih setia.

No comments: