Monday, March 22

seronoknya cuti

khamis lalu saje ambil cuti tahunan. lepak2 sambil mengemas rumah. ingatkan nak balas dendam ngan tidur atau membaca. hajat tak kesampaian.. seronok melihat rumah kemas dan bersih. inilah masanya... bila lagi

jumaat - surprise tuk anak2.

"hari ni tak gi rumah utih ke mi?"
"tak.. hari ni umi cuti.. dok rumah ngan umi yer"
"yea.. yea.. tak pegi rumah utih" amboiii seronoknya

pagi2 pegi beli bfast ngan dorang kat bawah. mula2 nampak berdisiplin.. dengar kata dan patuh... lepas beberapa ketika masing2 mula tunjuk belang... main bola dalam rumah, kasut bersepah2.. aduhhhh!! rasa tak berbaloi mengemas semalam..

dua tiga kali mengarah minta dikemaskan balik mainan.. hampeh!! tak jalan langsung.. penat membebel dan mengemas balik... nak suruh tido pun liat.. fenin! fenin!!

haiiii lain yang nak di surprise lain pulak yang tersurprise...

sabtu - jjcm

orang sebok nak gi mengundi, bpren sebok ajak bercuti. habis camne nak balik kg mengundi ni?? dah ler selama ni belum pernah mengundi... "alaaa.. dah janji nak bawak bebudak bercuti.. lagi pun cuti sekolah tak bawak pegi mana2" senang aje bpren jawab.

maka petang tu berangkatlah kitorang ke BAGAN LALANG. menginap semalaman di HOTEL SERI MALAYSIA SEPANG BAGAN LALANG . malam tu pekena seafood di Restoran Terapung HM Seri Bagan yang terletak tak jauh dari hotel. hmmm enaknya pepahat, udang, sotong dan ikan yang segar. kak ngah meragam nak balik cepat.. ngantuk katanya.. alahaiii orang sebok nak makan dia sebok nak tido plak..

pagi sebelum check-out bebudak sempat lagi berkubang di kolam mandi. aku tak ikut.. sekadar mengemas kain baju dalam bilik.

sebelum pulang sekali lagi ke tepi pantai memborong ikan, udang, sotong dan pepahat. tak tau ler murah ke mahal. semua sekali RM70 selepas urusan tawar menawar.

No comments: