DUALTON dan kari mamak
bpren cadangkan bfast kat Segambut.. ada pot yang bes katanya. roti dan kuah kari yang enak. mmm pebretku. kitorang keluar rumah dalam pukul 9.30 gitu.
pasal jalan jem hah?? mula2 kitorang sangkut kat jalan parlimen. ishhh lupa pulak ada Malakoff Malaysian Duathlon Series 1. salah satu kebajikan kompeniku tuk memajukan sukan tanah air..
disebabkan jalan ke segambut ditutup kitorang berpusing ikut pusrawi nak patah balik ke jalan duta. rupanya jalan ke pwtc pun tutup. ishhh parah betul.. bebudak dah bising kelaparan.. along sakit kepala nak muntah.. angah pun dah meragam perutnya. alahaiiii....
along dah terbaring mintak dipicitkan kepala. selalunya jalan tak jem camni kata bpren. mungkin dualton ni yang menyebabkan jalan jem. banyak tempat ditutup untuk memudahkan laluan para peserta.
setelah beberapa ketika mengharungi kepayahan akhirnya kitorang sampai ke restoran mamak yang dimaksudkan. memula nak ode roti canai ngan kuah kari.. bila dengar bpren ode Idli.. cepat2 tukar... enak tau idli tu.. budak2 ode nasi lemak.
"kari ayam aa tak?" tanyaku pada pelayan mamak
"kari ayam habis ler..."
"kari ikan.." tanyaku lagi tak puas hati
"semua kari habis hari ni..."
amakkkkk apakkkkk jauh2 kitorang datang nak makan kari.. habis pulak.. terpaksalah makan idli ngan kuah dal.. ishhh tak pebret ler kuah dal..
apa pun tahniah tuk SHAHROM ABDULLAH.. staff Malakoff selaku peserta dualton semalam kerana berjaya mendapat tempat pertama terbuka lelaki. selepas ni kabarnya akan berangkat ke Switzerland untuk menjalani latihan di sana.
Monday, April 12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment