Monday, April 5

ke M'san

nak tulis dalam blog ni ikut mood gak. kalu mood tengah bagus ada ler tertulis kalu mood tengah merundun jatuh alamat gambar ajelah dapat ditatap. itulah yang berlaku beberapa hari lepas. posting noret tu pun sbb noret dah dapat baby.


Khamis

ari ni maleh nak tunggu bpren. pulang dulu naik teksi. dalam teksi..

"cik, tudung cik koyak kat belakang tu!!"

"ishhhh... mana ada koyak.. ni lipatan ler"

"iye.. koyak tu.. tak caya??"

"eh ye ker? ishhh masa bila plak koyak ni.. alahaiii tak perasan ler pulak... hehee" ujarku sambil meraba2 tudung

"hari ni hari apa cik?"

"errrr... hari kamis"

"brape hari bulan?"

"1 haribulan empat... nape?

"april pooollllll"

ehehehhh aku sengeh tawar...

Jumaat

Lunch hour

1) gi makan dulu
2) gi kedai jam - zura nak beli hadiah tuk hubbynya. aku tumpang ganti bateri jam yang dah kaput
3) sementara zura gi draw uwang nak bayar jam aku singgah MPH. dapat ler beli 2 buah buku Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung dan Cincin Permata Biru
4) zura singgah Body Shop aku sekali lagi singgah MPH mencari dan membeli pesanan penaja.
5) sopping kat Carrefour - groceries aje

Sabtu

housekeeping dan opss tingkap. tuk lunch tengahari tu sempat lagi goreng talapia.. tunggu nukilan sg congkak lambat pulak hehee

Ahad

gitu ler serabainya rambutnya kena buli ngan anak2...

No comments: