
ada urusan semalam. urusan yang tak sampai sejam terpaksa ditangguhkan lagi sbb bpren ada miting pukul 3 petang. balik ke rumah aku menghabiskan novel Diary Bonda 2. selagi tak habis selagi tu aku tak senang duduk. alhamdulillah habis jugak lepas ni nak cari bahagian 3 pula.
sampai opis pagi ni terus buka email. omakk aiii ada 164 semuanya termasuk entah mana2 punya email. tu baru satu hari aku bercuti kalau berhari2?? berbulan2? mau penuh server nanti...
membaca entry Wan bertajuk Merenung Jauh alahaiii hibanya. sayu rasa hati mengenangkan keadaannya. entah bila lagi ada kesempatan nak melawatnya. bpren hari2 balik lewat kalu tiba ke HUKM mesti dah pukul 7 lebih.
hari ni hari jumaat, semalam hari jadi along yang ke 9. selamat hari jadi anakku.. semoga menjadi anak yang soleh dan taat pada suruhanNya. sorry umi tak sempat nak beli hadiah, pagi semalam baru teringat. sekadar kek coklat buat tatapan kita anak beranak.
esok, sabtu.. bpren dah berjanji ngan bebudak. semua akan duduk kat rumah ngan umi. jangan kacau2 umi tau nanti umi hantar gi rumah utih.

oh lagi satu.. semalam terima sms dari seorang teman "Ainul Hannatul Nisa bt Hazni 3.2kg born by ceasarean at 12.40noon. both of us r fine - Nina" ingatkan nina jb. bila plak dia ngandung nih?? pikir punya pikir baru teringat nina, teman lamaku di MB. selamat menyambut ahli baru. alhamdulillah dan tahniah dari kami seisi keluarga.

No comments:
Post a Comment