Wednesday, June 16

anak darasku

biasa sebelum tidur masing2 mendapat habuan pelelap mata berupa susu sorang sebotol. hahaa jangan terkejut umur 6 tahun masih menyusu botol.

kami mahu mengekalkan meminum susu tapi tidak menggunakan botol. mak utih (babysitter) pun dah brainwash bebudak hingga kekadang balik rumah terus membebel tanak minum susu lagi.

malam tadi aku try buat susu dalam cawan. ecewahh!! memula eksited.. "utih kata jangan minum pakai botol lagi" "haa iyelah nanti umi buat dalam cawan yer!" ni kira trial ler..

masa mengangkat cawan angah menghidu keenakan dan aroma susu kegemaran tapi baru seteguk dah.. uweekkk!! uweekk!! "angah tanak ler mi" acik yang tengok angah asik uwek uwekk terus tak jadi nak minum. "tanak ler mi, tak yah minum susu lah" "ishh mana bleh.. acik kena minum susu dulu sebelum tidur" "tak pe... tak yah minum susu, utih tak bagi minum susu lagi". tak bleh jadi ni, susu dalam cawan tu ku tuang masuk botol dan ku hulur pada mereka.

masing2 menyambut dengan senyum lebar tanda keriangan. entah bila baru berjaya bercerai botol ni.. nasib baik hanya menyusu waktu nak tidur. kadang2 kalau dorang tak mahu makan akanku sediakan susu sorang sebotol biar ada tenaga dan terus ceria.

Melor Diary
tika berumur 3 tahun
Melor Diary
zaman baby

No comments: