Wednesday, July 14

caya tak dah brape hari aku tak makan nasi secara serius (apa maksud ni..??). makan..!! bukan tak makan langsung tapi dalam quantiti yang sikit. nak kata diet tu tak tau ler.. seleraku lebih menjurus ke arah lain.

kalau selalu pagi amik bihun atau nasi goreng. sekarang ni cukup sekadar 3 keping roti dijadikan sandwic tuna. tengahari makan nasi berlauk namun sejak menjak ni lebih suka makan mi yang pelbagai. mi rebus laa mi bandung laa soto laa ataupun burger. kang pukul 4 bila kelaparan balik pi menyelongkar kat pantry mencari apa2 yang bleh dimakan. malam kang makan buah2an atau roti sahaja. bila nak tidur terbayang keenakan nasi lemak untuk bfast esoknya. berkobar2 semangat nak membeli. bila sampai digerai nasi lemak semangat berkobar2 hilang entah kemana. tak jadi ahhh beli bihun goreng lagi bes... tak pun makan roti canai lagi bes..

sejak bpren berdiet dan skip dinner ni aku pun kena tempias sama. tak seronok makan malam sensorang. bpren kata seluarnya dah mula longgar sikit. mmm satu perkembangan tu!! takkan aku nak biarkan diri terus mengepam naik.. tak belen nanti hehee

No comments: