Thursday, July 22

hari ni aku datang kerja dengan pelbagai perasaan.

ujian semalam nyaris tak lepas. banyak kesilapan luar dugaan telahku lakukan. lulus ngan markah kasihan kut. entah kenapa tetiba aku jadi blurr; gagal melakukannya beberapa kali hinggalah bantuan tiba menyelamatkan keadaan. macam aksi superman, spiderman, batman dan yang sewaktu dengannya pulak.

minggu depan ujian besar penentu kelayakanku. jangan ler gabra atau gelabahku datang semula. kena perbaiki segala kelemahan yang ada.

pulang semalam penuh dengan kemalasan mahu melakukannya lagi. fedup boring semua ada bercampur baur. memikirkan orang lain boleh berjaya kenapa aku tidak sahajalah penguat semangatku.

malam tadi entah jam berapa aku terima satu sms dari teman baik. membawa kabar berita kurang baik berkaitan dirinya. pesanannya supaya tidak membalas balik sms kirimannya. aku membaca dengan penuh rasa terharu. inilah dugaannya kalau berkongsi kasih. kena ada pengorbanan dan kena ada sefahaman. bukan mudah mahu melakukannya melainkan dengan penuh keimanan. tersilap membawa diri bukan payung emas yang diperolehi.

samada dia berjaya atau tidak ngan kehidupannya, aku tetap disini memberi sokongan dan bantuan emosi kala diperlukan.

No comments: