Friday, August 27

agaknya bebudak tu tidur lama disiang hari menyebabkan masing2 macam tak mahu tidur malam tadi. mak abahnya dah terlelap anak2 masih berkeliaran. asik bermain sesama sendiri.

dan pagi tadi punyalah liat nak mengejutkan. along dan acik dah siap berbaju angah tak bangun lagi. last2 angah pegi rumah mak utih tak mandi. bila aku gelakkan dia merajuk pulak.

kalau tak ditidurkan siang, malam tak sempat nak bermesra2 dah sebok cari bantal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

semalam lagi. sesampai di rumah angah terus ke bilik air untuk proses pembuangan dan mandi. brape kali mau mandi ni?? tadi sebelum balik mesti dah mandi. bila kena marah terus terdiam. acik amik kesempatan membalas dendam dengan memarahi kakaknya seperti mana dia kena marah sikakak. siap cekak pinggang tapi mulut tersengeh. tak tahan aku tengok gelagak dorang ni... agak lama juga angah merajuk dibilik air sebelum berjaya dipujuk.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kroni = along & acik

along nak telur goreng acik pun mahu. along nak milo acik nak milo juga. kemana saja along pergi acik membontot. sayang betul dengan abang dia. kalau along duduk acik akan duduk sebelah along.
bila ku tanya "apasal tu.. asik membontot aje"
"mana mi?" along tak paham.
"tu... acik tu.. asik membontot aje mana along pegi"
"biarlah" along menjawab sambil mencium pipi si adik. perlakuan yang terlalu biasa dipandang. kekadang aku jeles juga along lebih kerap mencium adiknya dari aku sendiri.

No comments: