Wednesday, August 18

pagi isnin - talipon berbunyi seperti biasa
"tut tut"
"RJ office.."
"melor.. ed ni, eh ko bleh tulun ganti tempat aku tak training CPR ari ni? aku ada keje laa"
"haaa ari ni ker? alamakkk... mmmm"
"kalau tak bleh tak pelah.. kalau bleh bagus laa"
"mmmm... jap yer aku pikir dulu" (berfikir - bos mc seminggu, nma ke jb.. dalam opis masa tu hanya ada bala sorang)
"oklah.. tapi aku nak klearkan keje2 aku dulu"
"thanks yer"

sepatutnya aku pergi kursus sesi ke 2 pada awal september nanti.. demi gengku turutkan jua.

kursus bertajuk EMERGENCY PATIENT CARE TRAINING PROGRAMME - CPR & Emergency 1st AID tersangat menarik. aku tak pernah masuk PBSM atau mana2 persatuan keselamatan kecuali pengakap masa sekolah2 dulu. jadi pengetahuan yang diperolehi semalam amat berguna disaat2 kecemasan. teknik2 yang digunakan sudah dikemas kini. harap ada kursus sebegini lagi dimasa akan datang untuk menyegarkan kembali pelajaran2 semalam.

kadang2 bila menghadapi kemalangan, kita tidak tahu apa yang perlu dibuat. tanpa pengetahuan yang sewajarnya, bantuan yang diberi mungkin mendatangkan kecederaan lain kepada mangsa.

Melor 
<br />Diary

No comments: