Wednesday, September 29

kalau nak bercerita pasal sikembar angah & acik memang tak cukup masa. terlalu berbeza perangai masing2. namun kalau sorang tak de sorang lagi akan mencari. kesunyian agaknya teman bergurau dan teman bergaduh tiada disamping.

baru2 ni disekolah tadika ada acara yang masih dalam latihan. acik dan angah diasingkan dari bahagian masing2. acik mengambil sesi lakonan sementara angah sesi mewarna. sesi latihan acik di brickfield. setiap petang cikgu kena hantar acik ke sana bersama teman2 lain menaiki van.

mula2 dulu angah merajuk tak dapat ikut. bukan cikgu tak mahu bawa. cikgu cuma takut angah termerajuk maklumlah cikgu lain yang mengajar lakonan tu tentu tak paham perangai anak murid yang sorang ni. angah, cukup pantang kalau orang tertinggi sikit volume suara walaupun bukan kena marah tapi menganggap orang marah dia. tindakan diambil; tarik muka dan berdiam diri. hehee sebijik cam mak dia. cikgu risau kalau tiba2 dia bersikap macam tu tentu sesi latihan tergendala nanti.

hari ke 2 sesi angah komplain kat cikgu suruh tukar tempat dia dengan acik. angah spesis laser dan berterus terang. cikgu kena beritahu dia secara diplomasi kenapa tak boleh ditukarkan.

acik walaupun nampak brutal; pun macam mak dia tapi senang dipujuk sebab itulah cikgu tak risau melepaskan ke kelas lakonan dibawah kelolaan cikgu lain.

No comments: