Monday, September 6

~ panjangnya cutiku ~

awalnya plan nak cuti hari isnin sebelum merdeka aje. bila terjadi perkara diluar perancangan cuti jadi panjang berjela2 pula. hari merdeka tu kami lunch di rumah adik ipar. kalau korang perasan ler.. kitorang ni rajin tul makan kat rumah adik ipar. kerap sangat kitorang ke klang. bukan apa adik ipar (birasku) tu kerja tak tentu masa jadi kesempatan nak datang rumah kitorang tu teramat payah.

kali ni kitorang tak lepak lama2 lepas makan kitorang dah berkira nak balik. nak melelapkan mata di rumah sendiri. petangnya kitorang keluar joging kat tasik perdana.

kalau joging along suka tarik2 bajuku. perasaan takut melalui hutan belantara akibat cerita seram kat tv agaknya. bila tersentuh dia.. aku perasan badannya agak suam. ishh lain macam aje panasnyaa. malamnya selepas diberi ubat along terus tertidur.

esok paginya badannya panas lagi kali ni lebih tinggi suhunya. aku terpaksa mengambil cuti kecemasan untuk menjaga sementara adik2nya macam biasa dihantar ke sekolah dan rumah penjaga. along terbaring sepanjang hari. tuala basah ku letakkan di kepala dan ketiak silih berganti dengan icebag. risau betul aku. dia jarang demam tapi sekali kena teruk dibuatnya. bpren pula tengah berperang dengan annual report. malam tu kami bawak ke klinik panel di bangsar. dr bagi ubat tablet dan mc 2 hari.

keesokannya along masih berkeadaan yang serupa. kenapa tak surut2 lagi demam ni?? kebetulan masa menghantar bubur nasi ke rumah utih, zaini, adik utih berpesan suruh bawa jumpa bomoh takut keteguran katanya. aku anggukkan aje sbb malas nak bercerita panjang.

malam tu kami ke klinik panel di pantai dalam. orang punyalah ramai. ada 10 orang lagi sebelum tiba giliran. kami ambil keputusan meronda2 dulu. betullahhh... nak dijadikan cerita kad perubatan kami sudah luput tarikh. aku sedia maklum tentang tu kerana sebelum bercuti ada menerima email dari HR. nak tak nak kenalah bayar bil perubatan tu.

keadaan along agak sedikit lega diwaktu pagi namun petang demam kembali semula. aikkk!! takkan tak baik2 demam lagi ni.. ada yang kata kalau demam lama begitu kena pergi cek darah. takut suspect denggi. malam tu aku dan along ke PUSRAWI, klinik panel kami dahulu. kami cukup serasi dengan ubat2an di klinik tu. sekarang bukan panel lagi jadi kena bayar. harap2 boleh claim nanti. dr kata kalau sakit tonsel ni hanya perlukan antibiotik yang bagus.

sakit tonsel ni tak lah baik serta merta jadi along terpaksa makan makanan yang lembut. pun begitu selera makannya masih ada.

bfast pagi ahad tu dia berusaha makan nasi dengan telur dan sambal. tengahari di rumah kenduri kasihan aku melihat dia terkial2 nak menelan nasi. dia dah boring nak makan bubur nasi yang lambat kenyang dan cepat lapar tu. badannya yang agak berisi sebelum ni susut sedikit.

No comments: