Monday, September 27

sebentar tadi lagu dendangan Adam - Haruskah berkumandang diradio era. selepas AF2 berakhir, Acik begitu meminati Adam. pantang nampak gambar adam dalam majalah, mengamuk2 suruh beli. mahu tak mahu terpaksalah juga membeli majalah mangga keluaran bulan oktober. inilah kali pertama aku beli majalah mangga.

kehulu kehilir dikepit majalah tu. kalau terkoyak disuruh tampal selotip. malah mengelarkan dirinya 'bini' adam hahaaa. angah tak sefanatik acik walaupun meminati 'fendi' lakonan zek zaidi dalam drama sembilu.

haiii!! kecik2 dah pandai minat artis. harap2 tak melarat sampai ke dewasa nanti.


Haruskah Ciptaan Ajai (Adam)

Di kala kau mencari cinta
Aku memberi... tetapi ku tak merasakan
Di kala aku dilamun cinta dengan dirimu
Mengapa kau jauh dariku

Tiada cinta di dalam dirimu
Biarpun kau kata kau cinta padaku
Tidak kau rasa getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cintaku

Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku

Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Tak perlu kuucap apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua

Setelah semuanya berlalu.... hatiku sepi
Akan kusimpan cintaku ini
Di kala engkau pergi dari ku
Aku tersendiri.... mengapa engkau begitu
Tiada cinta di dalam dirimu
Biarpun kau kata 'Baby I love you'
Tiada cinta getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cintaku

Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku

Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Lupakan semua apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua

Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Baby I love you

Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku

Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku

Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Jadikan pengalaman cinta kita berdua.... ooohhh

Haruskah aku menanti cinta darimu
Haruskah....

No comments: