Wednesday, September 22

~ semalam ~

kerja separuh hari. kepala masih berdenyut2. kenapa yer?? adakah disebabkan aku lewat bfast pada hari sebelumnya? tak mungkin. aku memang selalu bfast lewat malah kadang2 cukup dengan secawan neskafe sebagai bekalan ke tengahari.

petang sebelum tu aku termuntah. nasib baik sudah dirumah. bulan lepas perkara serupa terjadi iaitu selepas pulang mengikuti kursus CPR. sangkaku ada 'isi' atau perut dah masuk angin.

semalam dr mengesahkan perkara itu. aku hanya perlu mengelakkan sebarang bentuk kaffein (nescafe, red bull dan entah hapa2 lagi dr sebut) untuk mengelakkan ia berlaku lagi. sebelum2 ni pun setiap kali aku 'terasa', segeraku elakkan nescaffe minuman kegemaranku buat beberapa ketika. kadang2 aku alpa. kalau dah suka tu minum sampai lupa diri.

dr kata kalau keadaan semakin teruk, dia kena bagi ubat setiap hari. ohhhh tidakkkk!! aku tak mahu hidup bergantung pada ubatttttt....

selamat tinggal nescafe... selamat tinggal sayangku. lupakanlah diriku. andai ada kerinduan nanti akanku teguk jua barang setitis dua.

No comments: