Monday, October 25

~ ayam ~

sekarang ni hangat diperkatakan dengan kes ayam bangkai. mula2 di sekitar kajang dan yang terbaru2 di kg sg kayu ara. cuak sungguh nak beli ayam yang dah siap disiang walaupun dari penjual melayu.

entah kenapa semalam teringin nak makan ayam golek yang ala2 lauk pengantin. iyelah!! bila berpuasa tekak ni teringin nak makan macam2. sebelum tu di pasar pj aku membeli seekor ayam kg yang harganya hampir mencecah RM30. makkk aiiii!! mahalnya!! betul2 hari ini dalam sejarah. itu pun harga selepas tawar menawar lebih2 lagi selepas kenaikan harga ayam baru2 ni. dari segi timbangan hampir 3 kilo. entah2 bapak ayam kut. kebiasaannya kami ode dulu dah selesai membeli belah baru datang mengambil ayam yang dah siap dipotong. jadi tak berkesempatan melihat saiz ayam sebelum bersetuju membayar.

on the way balik dari pasar singgah di tempat jualan ayam segar tak jauh dari rumah. pesan kat bpren, ayam tu jangan di potong. waktu hendak membersihkan ayam tu baru perasan.. perut ayam dan segala bagai kat dalam tu tak dikeluarkan. eeee lurus bendulnyaaaaa... tak pepasal plak aku jadi doktor mengoperate dan mengorek mengeluarkan isinya. rasa geli geleman pun ada juga. dah la kaki ngan kuku tajam ayam dan leher jinjang tak di potong sama. nasib baik ada parang tajam kat rumah senang sikit nak menguruskan.

selepas menyumbat rempah ratus ke dalam perut, tiba masa mahu menjahit.. terasa macam menjahit lepas bersalin. eee kesitu pulak fikiranku.

3 comments:

Mar said...

waaahhh..jahit-menjahit ayam.so adventure gitu.letak la resipi sekali, baru gempak :)

Sri Diah said...

Melor; lain kali kalau bab keruk2 isi ayam tu, bacalah permintaan: mintak-mintak hasil aku mengeruk isi ayam nih, dapatlah segumpal emas ke, sebijik berlian ke... hehehe... akak pernah buat cam tu. tapi hampeh!

melor said...

paling gayat semalam, geruk2 tali perut ayam putus.. mmmm apa nak buat macam mana kerja mengeruk kena sudahkan sampai siap.

ada orang wish cam tu ker kak sri??

mar, nanti melor letak resepinya kat sini. kalau letak serai lagi wangi agaknya.