~ berbuka bersama along ~
semalam bpren balik lambat. aku kena balik sendiri naik teksi. berbuka kat mana ari ni yer?? yang pasti along tak kisah berbuka dimana asalkan bersama umi.
bpren tiba rumah hampir waktu berbuka. lepas sembahyang magrib bergegas bawa along makan di luar. haluan? kg baru kut.. gerai mana satu yer?? akhirnya memilih HN steak kalau tak silap. along belum pernah dibawa makan steak. aku pilihkan along nasi dan ayam sementara aku dan bpren memilih steak daging. orang ramai sedang menikmati juadah tika kami sampai.
hari ni along ada permintaan lagi. mahu makan bersama umi, tak mahu berbuka di rumah utih. permintaan yang satu ni tak susah mana dan along pun tak cerewet makan asalkan ada nasi.
Wednesday, October 27
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment