Friday, October 22

kg baru

sebelum ni selalu terdengar cerita orang pernah ternampak tikus sebesar anak kucing di kg baru. sejak tu aku jarang2 nak pegi makan di sana. katalah makanan di sana enak atau apa saja... takkan berani nak singgah membeli makanan. entah benar atau tidak mitos tu atau rekaan semata2 tak dapat nak dipastikan.

ada beberapa orang kawan yang selalu makan di sana.. mulanya aku gerun juga. bila dah kerap kali terdengar mereka kata tempat tu ok.. aku memberanikan diri mengajak bpren pergi makan di sana.

permulaannya mencari bfast sebelum puasa bermula dulu. itu pun nak survey aje niatnya. pusing2 punya pusing rupa2nya banyak juga tempat yang boleh dikatakan selamat untuk makan. teringin juga nak makan lontong macam zino selalu sebut2 tapi entah gerai yang mana satu. tak pe.. kalau panjang umur lain kali kita cari lagi.

baru2 ni berbuka di satu gerai steak yang dikatakan masuk dalam jjcm minggu lepas. sampai dah dekat magrib, semua meja dah penuh diduduki nasib baik ada satu meja reserved kosong blom ada orang. aku dan bpren ode salmon steak. disebabkan tak disediakan kurma, kami berbuka dengan air suam sahaja sementara menanti makanan tiba.

semalam kami berbuka di bistro bersebelahan masjid kg baru. bufet berharga RM18 untuk dewasa, kanak2 percuma. sangkaku hanya makanan di atas meja bufet sahaja rupanya ketika kami hampir selesai makan disuakan dengan steak daging yang masih panas. esehhh perut dah kenyang laa.. aku amil seketul yang paling kecil sekadar nak merasa. bila meja kami dah hampir bersih dikemaskan di offer lagi dengan sepinggan sate beserta nasi impit. hehee bagus lagi gini.. bleh datang lagi!! layanannya pun bagus. macam tu la nak meniaga hati pelanggan kena jaga.

sewaktu nak melangkah keluar hujan sedang lebat. aku dan along disuruh tunggu di meja sementara bpren mengambil kereta di seberang jalan. lagi sekali aku bagi 5/5 markah untuk mereka!!

1 comment:

Zareda Norman said...

Melor

Tikus sebesar anak kucing tu memang ada tapi tengokler kedainya. Janganler makan gerai yang bertaburan tepi jalan tu especially yg kat pintu gerbang tu. Tapi cariler kedai makan yang boleh dipercayai sikit. Zar pun suka makan kat bistro sebelah masjid tu. HR steak hause depan sikit jer dari situ..