Monday, November 29

sabtu dan ahad yang lepas merupakan minggu yang sebok bagi kami seisi keluarga. hari sabtu kakakku buat open house. walaupun aku tak terlibat apa2 tapi rumahku dijadikan persinggahan kaum kerabat. aku kerumah kakak sebelah petang sesudah kepulangan bpren dari bertugas. banyak kali kakak call ajak datang awal, aku tetap kena tunggu bpren balik. ialah aku sorang mana bleh handle anak daraku yang tengah melasak tu.

balik beraya rumah kakak, kitorang bergegas ke kajang nak bersihkan rumah sana pula. sejak rumah tu siap belum pernah dibersihkan lagi. habuk dan debu kian menebal. kami tak pernah singgah lama paling lama pun tak sampai sejam. sebelum ni tak terniat nak membersihkan rumah tu, niat nak jual adalah. lawatan terakhir kitorang dibulan puasa dulu, ada air bertakung dalam bilik tidur utama mengakibatkan separuh lantai pakir tercabut. ishhh mana pulak datang air2 tu? tingkap jauh.. paip air utama sentiasa ditutup kecuali jika mahu digunakan. mmm pelik!!

kitorang bersihkan semua ruang kecuali bilik tidur utama dan bilik airnya sementara menantikan orang maintenance datang memeriksa. danny yang dinanti tak kunjung tiba, ada tugasan katanya. tak pelah besok kami datang lagi.

~ ahad ~

lepas bfast kami lepak sambil menantikan keputusan 'janggut' nak memasang meter letrik. haaa tengok!! tak berminat nak duduk hinggakan meter letrik pun tak dipasang. tengahari masih tak dapat dihubungi.

tengahari - nilai, anak kawan bpren bersanding. menyaksikan sepasang pengantin bisu bersanding dengan sepersalinan songket hijau sungguh bergaya.

rumah kawan bpren ni terletak hanya beberapa km dari nilai 3, tempat soping yang baru diujudkan. tak ramai orang. seronoknya cuci mata. kami tak singgah kedai kain tapi lebih berminat membelek perabot kayu jati. nak letak rumah mana yer? akhirnya memilih lampu gaselin kayu. cadangan nak letak di beranda rumah.

semasa lepak2 menunggu orang wiring meter letrik, tiba2 aku terdengar deruan pancutan air di dalam bilik. menderau sekejap darahku. mahluk manakah yang buat kerja tu?? bergegas aku masuk. ooohooo patutlah lantai bilikku sentiasa basah.. rupa2nya saluran paip rumah atas sudah bocor. setiap kali dia bukak paip air di singki bilik mandinya, air akan keluar ikut saluran bocor tu. bpren bergegas ke tingkat atas mahu kepastian. tak de siapa buka pintu, tuannya tengah sembahyang kut.

proses pasang meter dan lampu utama diruang tamu sudah selesai. lepas ni bleh tambah sikit2 peralatan lain. lampu beranda tak sempat nak pasang, dah kesuntukan masa. walaupun kami tak duduk sepenuh masa di rumah tu, kelengkapan asas perlu ada untuk keselesaan sepanjang penginapan. lepas ni nak pasang sliding door dan mengangkut barang2 tak dipakai untuk storage.

nak disewakan rasa sayang lagi pun ada banyak rumah kosong lain terpampang stiker untuk disewakan. nak dijual harga tak sebagus mana tambahan rumah sedang berceracak naik dipersekitaran tempat kami. walaupun berdekatan dengan hiway, pusingan lebihkurang 5km dari bandar kajang sebelum menuju ke rumah mematikan semangat orang nak duduk situ. buang duit minyak aje.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari sabtu talipon along. ada ker dia mintak disekolahkan di sana. amboiiii banyak cantik!!! seronok ler tu duduk sanaaaaaa. memang ler seronok duduk sana... atuk nenek bukan kisah sangat nak buat apa. pastu demand nak balik kl naik keretapi dan akan balik cuti krismas nanti. lama tuuuuu...

dia tak rindu kat umi abah dan adik2 dia ker hah?? bila nampak gerai nasi lemak ingat along. nasi lemak memang pebret dia.

tak bleh jadi nih..!! kena amik dia jugak. kelas tuisen, mengaji dah banyak tertinggal.

No comments: