Monday, November 1

sabtu

pagi - seperti biasa mengemas rumah. hari ni ada extra tenaga lagi jadi banyak kerja2 tambahan dilakukan. mula2 bersihkan tingkap dapur pastu bersihkan tingkap depan dan dalam bilik. tetiba terlintas dihati nak mengganti langsir yang dah setahun tergantung ditingkap. betullahhh... nasib baik ada raya kalau tidak entah sampai bila tak berganti langsir tu. ku gantikan ngan langsir 2 tahun lepas yang masih cantik dan elok lagi. cuma tak gantung lining, entah dimana menyimpan lupa pula. langsir baru dah beli, tapi bila dah pasang langsir yangku jahit sendiri tu rasa menyesal pulak beli.. terasa membazir padahal yang lama masih cantik menawan.

petang - disebabkan tadi tak bersahur; tengah azan subuh baru terjaga, along berkali2 mahu berbuka. tak tahan katanya. berpuluh2 kali buka peti ais mencari2 makanan. paling tidak merengek air seteguk. namun bila aku berjanji nak bawa soping petang terus tersenyum lebar tak jadi nak berbuka awal.

haluan seterusnya ke sogo. ramainya umat membeli belah. cadang nak berbuka di cafe sebelah pertama. ahhh tahun lepas tak ramai orang, jadi tak payahlah booking dulu. pilih2 punya pilih akhirnya membeli blaus untuk anak dara dan sehelai tiset untuk along. tak nampak pilihan yang ada dek terlalu ramai orang. lagi 20 minit waktu berbuka kami ke cafe yang diinginkan. aisehhh!! silap percaturan laa.. orang dah memenuhi setiap tempat duduk. yang beratur mengambil makanan pun panjang. kami kemudian ke cafe belakang cawangan yang sama tapi bukan bufet lah yang itu. pun penuh. akhirnya memilih meja dibawah cahaya suram. makanan tak menyelerakan sekadar mengambil nasi ayam untuk along. bpren hanya minum air dan sebiji kurma.

sebelum pulang kami singgah dibazar menjual baju raya. dapat la sepasang baju melayu untuk along dan bpren. baju melayu 2 tahun lepas dah tak muat maklumlah masing2 dah membesar.

ahad

pagi - pasar pantai dalam aje. itu pun bukan pasar tapi mini market. beli terubuk 2 ekor yang sederhana besar, ikan jenahak, 3 potong tenggiri & sotong semua sekali berjumlah RM51++. terbeliak bijik mataku tika membayar. kalau soping di pasar pj tak lah semahal tu.

petang - ke rumah adik ipar di klang bersama lauk2 mentah yang dibeli pagi tadi. bpren ghindu nak makan masakan adiknya.

No comments: