Wednesday, February 23

~ angah ~

pagi ni angah meragam lagi. dia paling kerap meragam dan agak sukar diurus kalau tak kena gayanya.

pagi ni dia meragam pasal kasut sekolah longgar. baru hari ni mengadu kasut longgar walhal itulah saiz kasut yang dipakai ke sekolah hari2. dia jugalah yang susah dikejutkan waktu pagi. kami selalu kepeningan dengan perangai dan kerenahnya.

pernah satu malam tu dia menangis tak mahu tidur semata2 mahu aku menidurkannya sedangkan adiknya sudah booking aku awal2 lagi. orang lain jangan harap dapat tidur denganku melainkan dia seorang. namun dia terpaksa beralah kalau ada permintaan dari along. dengan acik sesekali sahaja. selalu acik kena halau keluar bilik disuruh tidur dengan abahnya. kesian budak tu.. terkebil2 memandang aku minta dikasihi. selalu juga aku curi2 tidur dengan acik dikala angah sudah lena namun dia bagaikan terhidu aroma tubuh uminya tiada disisi dengan pantas mengajak aku bersamanya semula.

setiap kali memandikan angah, aku berdoa semoga hatinya dilembutkan sebagaimana saljunya air mengalir membasahi tubuhnya.

No comments: