Wednesday, February 16

~ berita terhangat dipasaran ~

desas-desus ni dah lama didengar cuma tak de pengesahan dari sesiapa. untuk kesekian kalinya kami akan BERPINDAH lagi setelah disahkan oleh LL semalam, awal bulan depan. kali ni jauhnya cuma sepelaung. kami akan berpindah ke blok sebelah. satu bangunan dengan RJ cuma berlainan level. kiranya satu bangunan ngan restoran mamak di ground floor dan foodcourt di LG. (opposite star buck)

kalau nak kira kronologi perpindahan kitorang sudah banyak. orang kata kalau 7 kali pindah jadi papa.. kalau 10 kali pindah mcm lari dari along.

tahun ni sudah masuk 11 tahun aku berkhidmat di syarikat ni. lama kan??

1) stat kerja di bangunan NST bangsar, bangunan lama
2) opis pindah ke plaza kelanamas di bukit damansara
3) opis pindah ke blok b, wisma semantan, bukit damansara
4) dept pindah ke kelanajaya, berdepan last stesen LRT kelanajaya
5) ikut MRCB pindah ke alam sentral, shah alam
6) ikut bos pindah ke bekas gudang ktm, brickfield (sekarang dah jadi tempat pameran)
7) dept balik ke wisma semantan. diletakkan di satu pot terpencil. kemudian dipindahkan ke pot yang lebih baik. (pindah juga)
8) opis pindah ke plaza sentral, kl
9) dept pindah ke mid valley (15-??)
10) dept pindah ke mid valley (27-??) - SOON, awal bulan 3


hahaaa sape bleh celen kitorang???

No comments: