Monday, February 14

~ sambungan cuti2 malaysia ~

khamis, petang - check in rumah kat kl

jumaat - pepagi dah sediakan sarapan goreng bihun dan roti telur. sejak kebelakangan ni aku terajin sedikit menyediakan makanan di rumah kalau ada kesempatan.

untuk makan tengahari, bpren mintak dimasakkan nasi beriani ayam beserta dalca yg tak de dal.

petang kami keluar joging. kaki acik angah dah memanjang nak pakai kasut sudah tak muat. kena beli baru nampaknya. tak de pilihan selain berjoging pakai selipar. masing2 sudah oversiti nak berlari tak larat... sekadar berjalan2 sambil berlari2 anak.

sabtu, pagi - hantar bebudak ke rumah mak utih. hari ni ada operasi besar2an di bilik along. nak mengemaskan entah bila punya stok tertunggak. tolak punya tolak dapat 3 beg besar kain baju yang bakal disedekahkan ke rumah anak yatim. cadangan nak mengemas stor ditangguhkan buat sementara waktu.. tak larat!! mengemas itu aje sudah separuh hari.

ahad - nak try resepi juita 'masak lemak tenggiri ngan mangga muda'. along pula mintak dimasakkan sambal udang stail mak utih. berkali2 dia merungut sambalnya tak mahu gula. aku plak dah terbiasa masak stail mak mertua.. garam & gula sahaja tanpa perasa pak aji. akhirnya dia dapat apa yang dihajati. berkali2 ditambah nasi.. haiii tambah bulat la along kalau selalu dimasakkan begitu.

2 comments:

Anonymous said...

jalan-jalan anak dulu pun ok. berpeluh jugak. kalau terus jogging mau krem woooo.

kurang2 sebulan jalan2 anak dulu baru bleh jogging. :)

melor said...

terima kasih op atas nasihat tu.. hari pertama memang tak larat nak berlari hari ke 2 baru berlari anak.. tu pun byk kali berhenti