Thursday, February 24

tak sihat...



tengah lena tidur malam tadi tak semena2 terdengar nafas semput seseorang dihujung kakiku. segeraku buka mata. dalam gelap samar2 kelibat acik duduk dihujung katil. dia semput. nape tak dikejutkan aku??

"mi, acik demam". badan tak panas tapi degupan jantung dan dada kelihatan berdegup kuat. lelah budak ni. sesekali batuk manja kedengaran. lantas dibagi ubat batuk dan sapu vicks seluruh dada dan belakang badan. lena dia tidur sampai ke pagi.

balik sekolah tengahari tadi lagi sekali bpren bagi ubat dan disuruh berehat. tak payah ke sekolah agama. angah yang ceria segar bugar tiba2 monyok dan mengadu tak sehat.

"angah pun demam. demam angah lagi teruk dari acik". ahaksssss!!! terbahak aku dengar bila bpren mengadu. angah ni bukan setakat kuat meragam, bijak bercakap jugak tu.

No comments: