Wednesday, March 2

selamat datang ke 27/??

alhamdulillah pada petang isnin semua barang2 selamat dipindahkan ke blok sebelah. banyak juga harga karun tersimpan mahu diangkut. nasib baik ada mover kalau tidak penat juga nak angkut kotak2 besar.

perpindahan kali ni agak tergesa2. tak sampai sejam LL beritahu kitorang kemungkinan berpindah pada hari rabu alih2 mover datang beritahu kena pindahkan barang petang tu juga sebelum mereka bergerak ke site office. nasib baik barangan tak banyak mana. packing pun main campak2 dalam kotak.

susunan tempat kerja di opis lama(cubical/work station, bilik bos, miting room, pantry dsb) tidak terjejas masih kekal di tempat asal hanya file dan dokumen2 dibawa. dengar kabar tempat tu akan di isi satu dept dari hq. bila dan dept mana tak dapat dipastikan lagi.

kenapa kitorang pindah lagi sedangkan baru setahun lebih kitorang pindah? memang sudah diberitahu awal2 sebelum perpindahan kitorang ke sini bila bangunan pentadbiran di site office siap semua engineer akan dihantar ke sana untuk memantau perjalanan projek. yang 13 orang tu hanya dari blok 15/??, kalau campur dengan staff di blok 27/?? jumlahnya berpuluh2 staff dipindahkan. sebab itulah office 3 tingkat yang hampir kosong terpaksa diisi oleh yang tinggal.

work stationku disini kecil sahaja terletak dilaluan orang ramai. tak de privicy langsung. tugas2 macam biasa.. kena angkat talipon, jadi penyambut tetamu dan kena tolong sorang bos dari jabatan lain. kat sini ada tealady (berkongsi 3 tingkat), jadi aku tak payah sebok2 buat air kalau ada miting. gitu ler.. kalau opis kecik segala2 kena buat sendiri.

aku ditempatkan di hadapan bilik bos. untuk mengelakkan pandangan mataku dan mata bos bertemu (bos duduk ngadap aku), ku letakkan beberapa helaian kertas di dinding kaca sebelah mejaku hahaaa jahatnya!!

tadi ada sesi menurunkan ilmu dan khazanah yang tinggal dari staff original opis ni ke staff menumpang opis (aku ler tu).

No comments: