Monday, May 30

ke site opis...

ginilah gaya kalau orang jarang2 ke site opis. ia umpama satu pengalaman baru buatku. site lumut lain gayanya begitu juga site tgbin.

perkara pertama diperhatikan adalah alam sekitarnya. keduanya tempat penginapan sepanjang di sana. ketiganya pembangunan di site.

dari kl naik flight mendarat di senai airport. kemudian naik bas ke hotel. lepas check in bergegas ke site office untuk rehersal (konon). dari pelabuhan tg pelepas menaiki bot selama 15 minit ke site opis yang terletak di pontian. dari jeti site office menuju ke tapak majlis menaiki van. kemah belum siap... habis nak rehearse kat mana? last2 kitorang reherse kat bilik miting. mmm bolehlah.

balik hotel dah malam. hujan renyai dalam bot. ombak agak kuat hingga melambungkan bot kami, kebetulan ada sebuah kapal besar sedang bergerak di pelabuhan. kami kelaparan. kantin di site opis dah tutup jam 6.30pm. dipertengahan jalan minta driver bas berhentikan dimana2 tempat makan. akhirnya singgah di jalan perindu, senai untuk membungkus nasi ayam penyek. mmm tak pernah dengar. enak ke? ternyata enak... lebih2 lagi dimakan waktu lapar.

esok pagi. 7.30am kami turun naik bas, bot dan van ke site opis. (kakitangan site kesemuanya tinggal di sekitar pontian). alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan jemputan sekitar 200 orang sahaja.

aku memilih flight 3.50pm pulang ke kl sementara yang lain 6.40pm.

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

No comments: