Monday, June 13

makan angin... last minit punya planing sempena cuti sekolah

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

cantikkan pool tu? pemandangan dari apartment yang disewa.

ada beberapa peraturan di resort ni yang tak terdapat di resort lain. maybe ada tapi aku tak pernah jumpa lagi setakat ini.

1) dipintu masuk berdekatan guard house, setiap kereta yang masuk akan dicatatkan no plat kenderaan.

2) setiap bilik atau apartment diperuntukkan khas untuk beberapa orang sahaja. kalau lebih daripada had yang ditetapkan, akan dikenakan bayaran mengikut yang sudah ditetapkan. (1 kepala RM35). contohnya studio room hanya untuk 2 orang. apartment 2 bilik untuk 4 orang. jadi kalau datang 5 orang, yang sorang lagi kena bayar (sewa apartment 2 bilik RM200 + RM35 = RM235 + deposit RM100.. haaa gitulah kiraannya).

3) kopon untuk bfast dan ke kolam renang akan diberi berdasarkan jumlah penginap termasuk yang dibayar extra (5 kopon bfast dan 5 kopon swiming pool).

4) walaupun bfast bufet. ada beberapa petugas yang akan mencedokkan makanan di tempat makan. agaknya sorang boleh amik makanan secukupnya supaya tidak membazir (hahaa aku suka tapau makanan.. takut pulak nak amik lebih, takut kena jeling)

5) nak ke swiming pool kena serahkan kopon swiming dulu pada penjaga pintu baru boleh masuk. (dorang takut orang2 kg atau bukan penginap datang mandi manda seperti yang pernah dibaca dalam suratkabar dalam kes lemas sebelum ni)

6) nak mandi dipool, pengunjung diwajibkan mengenakan pakaian mandi yang bersesuaian. setakat pakai seluar dalam kain jenis koton.. (terutama anak2 kecik) boo layan. hatta lelaki dewasa nak pakai seluar pendek yang bukan trunk (material kain kanvas dibenarkan).. lupakan saja. anda hanya layak duduk di tepi kolam tengok orang mandi. ada sorang petugas mengawal keadaan di sana sepanjang masa.

7) selipar atau kasut tak boleh dibawa ke tepi kolam. ada rak disediakan.

8) nak check out. deposit hanya akan dikembalikan selepas dipastikan keadaan bilik atau apartment yang disewa berkeadaan baik. seorang petugas akan pergi memeriksa. (selalunya lepas serahkan kunci, dorang terus bagi deposit tanpa melihat keadaan bilik)

ada banyak facility lain yang tak sempat nak guna.

gambar dengan burung kasuari, kambing, monyet tu di tempat lain. mesra alam sungguh binatang2 di mini zoo tu.. bila balik masing2 melekat dengan macam2 bau... sempat lagi membeli setengah kilo daging burung kasuari.

pantai dalam gambar tu terletak lebihkurang 1/2 km dari apartment.


No comments: