Tuesday, June 28

makan besar...

semalam kami anak beranak2 makan besar di restoran kereta milik isteri bekas pemain badminton negara, Raja Azmi sempena harijadinya (Isteri Jailani Sidek). sewaktu sampai jailani sidek mahu pulang bergegas berjalan menuju motornya yang terletak di hadapan kedai.

macam2 diode... mentang2 orang belanja. ikan siakap 3 rasa, sambal udang, sup tulang, sayur campur dan fresh oren.

yang aku perasan, meja2 makan banyak diletakkan diluar kedai berbanding dalam kedai. di dalam hanya ada sebuah meja makan itu pun diatasnya diletakkan kek muffin. hiasan dalaman kurang menyerlah berbanding di luar atau di koridor yang beratapkan rumbia.

ketika hendak pulang baru kelihatan kelibat Raja Azmi bersama seorang lagi bekas pemain negara yang entah siapa namanya (Razif kut) duduk lepak di suatu suduk kedai.

Sorry, aku tak gi salam... segan. bpren memang selalu berurusan dengan pengurus JAS untuk urusan majalah kanak2 anak2 sidek.

No comments: