Friday, June 24

sehat tak sehat? tak sehat? sehat?

sehari dua ni suaraku agak berubah sikit dari biasa. garau tapi masih feminin.

rasanya ada kebengkakkan dilelangit sebelah anak tekak. tak pasti itu ker yang dinamakan tonsel. bila nak menelan air liur terasa seperti ada yang menghalang di anak tekak. makan ok tak ada masalah setakat ni. aktiviti pemakanan masih seperti biasa... tak jauh dari minyak2 dan sambal.

nak jumpa dr? tunggu kritikal dulu kut. aku memang gitu.

dua tiga hari ni aku mengalami masalah kekeringan luar dan dalam tubuh sejak mengambil sejenis pil herba. vitamin memang sudah lama diambil. baru sekarang nak berjinak2 dengan herba. samada masalah tak serasi atau dalam proses penyesuaian dengan sistem badan tak pasti pulak aku. walau bagaimana pun pengambilannya sudah dikurangkan sedikit dan lepas ni kena minum lagi banyak air suam.

No comments: