Friday, July 29

apa2 sajalah

pagi ni ada sorang staff tingkat 7 berpindah turun ke tingkat 6. dia tak report ke sesiapa di sini. sesiapa nak cari dia kena call. barangkali dia sukakan kesunyian dan kedamaian. benar. opis ni sunyi tanpa mengira ada orang atau tidak. masing2 sebuk membuat kerja sendiri tanpa menghiraukan hal sekeliling.

pagi ni juga, 3 orang staff bercuti termasuk bos. petang semalam baru dimaklumkan.

petang semalam kitorang di rumah tergempar sekejap. masa bpren jemput along dari sekolah agama, dia pulang sendirian tanpa adik2 seperti biasa. along kata ustazah suruh balik sebab tak pakai tudung (lupa nak bekalkan tudung). dan along menyuruh adik2nya naik bas sekolah yang biasa diaorang naiki untuk balik ke rumah. pada sangkaan along tentulah angah acik terus ke rumah utih (baby sitter). tika mahu menjemput, utih kata budak berdua tu tak de di rumah dia lepas ke sekolah agama. ishhh mana pulak perginya budak bertuah ni??

bpren sudah bising kehilangan anak. dia menyalahkan aku kerana tak call rumah utih tengahari. ishhh kalau bebudak dah naik bas sekolah nak cek macam mana yer. entah mana dapat idea.. bpren suh call rumah kakakku. "elloo" acik menyahut. fuhhhh lega. kenapalah dorang sanggup pergi rumah mak long (kakakku) dari pergi ke rumah utih walau tak ke sekolah agama.

1 comment:

Anonymous said...

Hello melor,

Have you ever considered writing articles about baby sitter ? You should write a few fishing related articles and submit them to this baby sitter website. Its a good way to promote your website for free.