Friday, August 5

CERITA BUAYA SUNGAI

Selepas membaca carita ini, susunkan kedudukan lima watak dari yang paling menjijikkan atau yang paling tidak disukai kepada yang kurang menjijikkan


pada suatu masa dahulu, terdapat seorang perempuan bernama Abigail, yang sedang bercinta dengan seorang lelaki bernama Gregory. gregory tinggal di tebing sungai, manakala, abigail tinggal di tebing yang bertentangan. sungai yangmemisahkan kedua2 kekasih ini dipenuhi dengan buaya yang membahayakan. abigail hendak menyeberangi sungai ini untuk bersama gregory. malangnya, jambatan telah runtuh. dia pun terus pergi bertanya sinbad, seorang kapten perahu sungai (riverboat captain), untuk membawa dia menyeberangi sungai. dia memakai skirt atau seluar yang amat ketat dan baju yang menonjolkan kerana dia hendak kelihatan seksi (memberahikan) untuk george. sinbad kata yang dia akan membawa abigail menyeberangi sungai, tetapi, pandangan di mata sinbad amat menakutkan. dia pun terus pergi berjumpa kawannya ivan dan menerangkan keadaannya yang sukar kepada ivan. ivan langsung tidak mahu masuk campur dalam situasi ini. abigail tiada pilihan lain, walaupun dia tidak percayakan sinbad.

selepas sahaja mereka meninggalkan jeti, sinbad memberitahu abigailyang dia tidak dapat mengawal dirinya lagi dan hendak meniduri abigail. apabila abigail kata dia enggan b erbuat demikian dengannya, sinbad mengugut untuk menolaknya ke dalam sungai. sinbad terus berkata jika abigail mengikut kehendaknya, dia akan menghantarnya menyeberangi sungai dengan selamat. abigail takut akan dimakan buaya. dia rasa dirinya tiada pilihan lain, kecuali menyerahkan dirinya kepada sinbad. selepas itu, sinbad terus menghantar abigail ke seberang sungai di mana gregory tinggal.

apabila abigail memberitahu gregory apa yang telah terjadi kepada dirinya, gregory berpendapat bahawa abigail sendiri yang menjemput kejadian itu kerana pemakaiannya yang menjolok mata. gregory kata abigail tidak suci lagi dan memandang hina akannya. dengan rasa sedih hati dan kecewa, abigail pergi ke slug, yang mempunyai tali pinggang hitam dalam karate. slug berasa marah atas perbuatan gregory dan berasa belas kasihan dan simpati kepada abigail. dia berdepan dengan gregory dan memukulnya dengan ganas sekali. abigail amat gembira melihat gregory di pukul dan menerima hakikat yang
wajar. apabila matahari terbenam, kita dapat mendengar abigail mengetawakan gregory.


watak2 terdiri daripada : abigail, sinbad, gregory, ivan & slug.

1 comment:

Anonymous said...

paling teruk kepada yang kurang teruk:

1) Abigail
2) Sinbad
3) Slug
4) Gregory
5) Ivan