Monday, August 29

kenduri kawin sepupu di kgku

hari sabtu lepas ke rumah sepupuku yang melangsungkan perkahwinan. sedari awal ayah sebok menguruskan majlis yang satu ni. daripada mengedar kad jemputan hinggalah ke acara masak memasak maklumlah sepupuku ini anak yatim yang hanya ada emak.

seronok betul majlis ni sebab masih mengekalkan adat budaya kg kitorang yang dah sekian lama dipraktikkan. majlis bersanding dah biasa. acara yang paling dinanti2 adalah acara membaling gula2 untuk kanak2 dan cabutan bertuah untuk para petugas. meriah dan riuh rendah.

gambar pengantin tabur gula2 tak dapat nak download.. dalam bentuk movie. di kg kitorang, semua pengantin yang bersanding akan didera masa membuka kotak gula2. lapisan demi lapisan, balutan demi balutan dah tu ada masking tape entah berapa lapis. zaman sekarang dah senang sikit hanya masking tape yang tertampa di sana sini. zaman aku dulu dan zaman sebelum2nya lagi teruk di dera. lilitan tali rapia dan tali pisang di dalam pembalutan (org kg tau apa itu tali pisang) sebelum berjumpa dengan pembungkus gula2 sebenar. berpeluh2 pengantin habis cair makeup. selalunya kalau dah bersusah payah gitu akan ada yang menghulurkan bantuan berupa pisau atau gunting untuk memudahkan urusan seterusnya. saja nak gempak pengantin. (hadiah gula2 dan pembungkusan disponsor oleh para pemuda kg, tuan rumah tidak terlibat).


Image hosted by Photobucket.com
pemandangan di kemah makan lelaki terletak di sawah padi

Image hosted by Photobucket.com
yang terselit celah pokok tu ayahanda tercinta

Image hosted by Photobucket.com
suasana cabutan bertuah untuk penanggah dan para petugas termasuk tukang masak dsb. gambar lagi meriah tak dapat nak download. hadiah ni disponsor oleh tuan rumah dalam pelbagai bentuk dan terpulang pada budi bicara samada mahu bagi hamper makanan ringan atau set minuman. setiap nombor akan tertulis di tuala muka atau kad kecil yang diberi sebelum masing2 memulakan tugas.

Image hosted by Photobucket.com
'sepupu2 terhangat' tersandar kepenatan di tepi rumahku.


nota : byk gambar tak dapat nak download. hanya ini saja yang dibenarkan.

No comments: