Monday, September 5

hari minggu yang meriah...

sabtu ahad along demam. kena tonsel lagi. baru sebulan atau dua bulan lepas dia kena. ubat lain boleh ditelan tapi tang antibiotik tak boleh nak telan. terus dimuntahkan. alahaiii. dulu masa angah acik kecik, hampir setiap bulan ke klinik atau hospital untuk rawatan bronkitis atau nama melayunya lelah. hanya setelah berumur lingkungan 6 tahun sedikit demi sedikit penyakit tersebut berkurangan. betul kata dr, bronkitis hanya menyerang bayi dan kanak2. semakin membesar semakin bertambah baik keadaannya.

disebalik kesebukan melayan orang demam, angah acik sibuk dengan 'Nurul Aina'nya. tak habis2 berangan. geli hati tengok telatah dorang. yang sorang seakan membenarkan sementara yang sorang lagi enggan tapi masih mahu 'Nurul Aina'. hai macam2 ada..

"nanti umi besen besar ni tau"

"nanti kita beli buaian yer mi.."

"kalau umi gi kerja, sape nak jaga Nurul Aina?"

ekekekkkk

No comments: