Wednesday, October 26

boss..

uhuk.. uhuk.. sedih ler pulak.

hari ni hari terakhir bos bekerja di opis ni. lepas ni dia jadi pesara, rehat2 di rumah dan makan duit gratuiti. sekejap aje masa berlalu. tak terasa masa 10 tahun aku bersama dia. dia bos yang tak cerewet, tak bossy dan suka buat kerja sendiri. senang aku jaga dia malah kekadang dia yang jaga aku hehee

aku memang tak rapat sangat ngan dia. apa yang disuruh itulah yang aku buat. tak reti aku nak lebih2 atau nak bergurau senda gelak ketawa ngan dia. mungkin aku respek dia sebagai bos hingga membataskan pergerakanku.

tak pelah bos.. moga lepas ni hidup bos lebih success di luar sana bersama bisnes yang baru diceburi.

pasal farewell parti dia. kalau untuk dia sorang, dia tak mahu. kebetulan bos legal/secretarial pun mahu bersara sama bulan ngan dia. lebih baik di buat sekali. hari tu aku tanya fara, tentang tarikh persaraan bosnya. dia sendiri tak pasti.. maklumlah bosnya kekadang bermain tarik tali. kejap nak bersara on time, kejap lagi nak lanjutkan sedikit tarikhnya. sekarang dah pasti farewell parti akan dibuat sekali gus. ada yang cadangkan buat sekali ngan majlis hari raya.

siapa bosku lepas ni belum tahu lagi. entah2 tak de bos.

1 comment:

zino said...

kalau bos tak ada ..mmmmmm
melor je lah jadi bos hehe