Tuesday, October 18

cerita acik

cuba teka siapa yang kena?

Image hosted by TinyPic.com


jawapannya adalah ACIK. dia kena pada hari rabu minggu lepas di sekolah. nasib baik baru habis peperiksaan akhir tahun. katanya dia jatuh sebab ditolak kawan lalu terhantuk ke meja. ingatkan dia gaduh dengan angah. masa kejadian nasib baik bf ada disekitar kl, bergegas datang ke sekolah selepas ditalifon cikgu.

meronta2 jugalah nak jahit luka dan injek ubat bius. bila janji nak hantar ke opis umi lepas balik klinik baru dia merelakan. kena 2 jahitan. lupa pula nak letak ubat kuning supaya luka cepat kering.

petang nanti pergi follow up dengan dr. jahitan belum kering sangat.

selepas kejadian acik, bermakna ke tiga2 rakyatku dah pernah mengalami kecederaan di sekitar dahi. memang suspen bila kena. along cedera di kelopak mata sewaktu bermain di taman permainan depan rumah, angah terjatuh ketika menunggang motor mainan di sunway lagoon dan sekarang acik pula.

diharap lepas ni diaorang lebih berhati2 ketika bermain atau di mana sahaja.

5 comments:

Ezan said...

orang kata, selagi derang tak kene, selagi tu derang tak sedar bahaya sesuatu perkara tu.. derang ni maksud ijan is the bebudak la.. bukan la menyokong rakyat2 kak melor ni luka ke apa.. tapi ada hikmah di sebaliknya. sekarang mereka dah tau la kan.. mana elok mana tak..

melor said...

betul tu dik, bila dah kena baru diaorang tahu dan lebih berhati2. pengalaman mematangkan kita.. ecewahh

zino said...

bebudak ingat sekejap je.. ilang sakit sok dia buat lagi..hehe..

tapi jangan le jadi mcm tu lagi buat merisaukan mak bapak je..

Zareda Norman said...

aduhai risau tengok bebudak membesar kan.. so far zulaika belum ler lagi berjahit jahit tapi lebam sana sini tu dah biasa sesangat...

Pnut said...

alahai...kesiannya....
berparutlah nanti...

budak-budak macam tu la..