Monday, October 31

macam2 ada... Salam 27 Ramadhan

jumaat

taim nak balik. sebaik pintu lif tutup, tiba2 kedengaran siren alarm dalam opis. terus tekan lif naik atas balik. apasal ni? mengelabah sekejap aku... call ronnie, ishhh camne plak bleh set salah no dalam hp nih. aku tekan2 no access pintu namun masih tak berjaya mengoffkan alarm. siren alarm terus berbunyi. bising. bingit telinga.

last2 aku call security alarm. berkat tunjuk ajar, dorang suruh offkan alarm pastu onkan balik. alhamdulillah alarm berjaya diaktifkan semula. fuhhhh legaaa

sabtu

bf gi opis dulu sebelum kitorang keluar nak soping last minit. keluar tengahari jam 12 gitu. sampai bangsar, papan notis bertulis 'jalan tuanku abd rahman sesak'. ni kalau teruskan juga entah pukul berapa baru sampai. nak cari parking kat kl pun tentu susah baik kitorang parking kat stesen LRT kg abdullah hukum lepas tu naik train. senang cerita. dalam train pun sesak. tak de can nak duduk. sampai stesen masjid jamik, transit naik star ke sogo.

ingatkan bf nak cari baju melayu along aje. rupanya last 'kopek' soping tuk anak2 dia lagi. lahaiiii. kalau aku dah lembik mengikut rentak dia, along apa tah lagi. berkali2 dia merungut keletihan.

kemudian kitorang menyusur TAR dan seterusnya jalan masjid india semata2 mencari sepasang baju melayu along. kalau aku, simple aje. bf memang cerewet bab2 soping nih. naik kematu kaki berjalan. nak duduk kerusi tak de, duduk menyangkung tepi coridor ajelah kitorang 2 beranak sementara menanti bf membelek2.

depan wisma yakin rupanya dah ada bumbung mcm petaling street. bila siap yer? maklumlah setahun sekali aje aku lalu sana. baru perasan dah ada benda tu. kat situ lagi sesak orang ramai membeli belah.

balik naik LRT dari masjid jamik. orang ramai berQ panjang membeli tiket.

ahad

pi amik kereta dari bengkel di setapak. pastu pergi segambut (err segambut ker) tukar tayar dan rim. kopak lagi RM. raya punya pasal. lagi pun nak jalan jauh so kena make sure segalanya ok.

isnin

aku keja lagi.

selasa

balik sg besar. org2 sg besar, moh le datang beraya ke rumah. ada di sana sampai petang raya ke 2 sebelum balik kl semula. pagi raya ke 3 akan berangkat balik pasir mas.


sedikit pengumuman (last minit edition):
bf kata dia dan kuncu2nya dibatalkan cuti raya. kena masuk kerja balik 7hb. kalau kompom cuti dibatalkan, dia kena buat repot ke adiknya pasal dorang dah janji nak beraya bersama2 di kg.


apa2 pun buat semua..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. kepada yang memandu, berhati2 di jalanan.


open haus? kita cerita lepas raya aaaa..

1 comment:

Leyla Shuri said...

Selamat hari raya untuk melor sekeluarga.

Terkasar bahasa maaf dipinta.