Friday, October 21

Selangor cuti Nuzul Quran

hari ni bf cuti sempena Nuzul Quran bagi beberapa negeri di Semenanjung. pagi tadi terajin pulak dia pergi kerja, sampai opis kena halau balik. tu ler sape suh tak tengok kalender. orang lain pantang ada cuti semua eksited nak bercuti. yang dia buat2 tak tahu pulak.

entah apalah dia buat kat rumah tu. mesti tido. pebret dia kalau dok rumah memang itu ajelah. kalau dia tolong kemas rumah kan bagus heheee. lebih2 lagi nak dekat raya ni. ingat lagi tahun lepas dia tolong aku cuci cermin tingkap sementara aku mengemas dapur. memang dia cuci tingkap2 tu tapi dalam bilik macam baru lepas hujan lebat. banjir. aku tak tau macam mana dia cuci. dia jirus cermin2 mcm mandikan anak kut. pastu kerja tak selesai dia dah nak cabut lari. last2 aku gak yang kena mop dan kemaskan barang2 cucian.

tahun ni aku nak minta dia bantu tugas yang sama, komplit set mop banjir dan kemaskan brg2 cucian. rerasa sanggup ke dia? tentu dia sanggup kalau kena caranya.

6 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
atie said...

alo beb, nuzul quran la. bukan nurul quran.... hehehe

Anonymous said...

Selamat nuzul quran..semoga ramadhan kali ini terindah :)

Bunda Shafiya
http://keluargazulkarnain.blogspot.com

Leyla Shuri said...

melor, dah siapkan baju raya untuk anak2 ke?
Klela relaks aje sini, macam rasa bersalah pulak!

Zareda Norman said...

Setiap kali nuzul Quran, org selangor berpusu pusu turun KL.. jammednya..

zino said...

dah siap ke lap cermin tu.. kalau bf tak nak lap suruh dia tukar cermin baru je hehe..

oops lansir baru dah tukar ke?