Thursday, November 10

ada raya ada ria..

kitorang memang tiap2 raya dah set nak balik sg besar. bukan apa bf dah terseronok beraya sana bersama jiran tetangga. dia pun dah ramai kenalan walaupun bahasa masih menjadi masalah padanya.

hari isnin sebelum cuti deepavali, bf call beritahu cutinya kena potong. bukan dia sorang yang kena potong tp semua kakitangan demi mengejar job yang baru masuk. isnin lepas raya semua orang kena kerja. alamakkk macam mana ni.. nak balik pasir dulu ke balik sg besar dulu. kalau balik sg besar bila pula nak balik pasir mas. dah janji ngan adik dia nak balik beraya tak kira raya ke berapa. pikir punya pikir akhirnya dia decide balik pasir mas dulu. raya ke 2 baru balik sg besar. melepas laa tengok orang 'baraan'.

kitaorang berlepas dari kl jam 11 pagi. nasib baik jalan tak brape jem cuma sangkut kat raub aje. lagi 15 minit nak berbuka kitorang selamat sampai rumah di pasir mas. adik ipar terkejut sbb tak sangka kitorang balik sana dulu.

malam raya entah pukul berapa mak mertuaku tidur menyiapkan tempahan nasi dagang. aku awal2 dah selamat 'diperbatasan' bersama rakyat jelata.

pagi raya, lepas sembahyang raya pergi beraya rumah nenek dan sedara mara. lepas zohor semua orang dok terbongkang depan tv. buhsannya beraya macam ni. upacara beraya seterusnya disambung lepas maghrib.

kali ni kitorang ke kota baru dengan 2 biji kereta.

to be continued esok...

No comments: