Thursday, November 17

aduhhh

kepala masih terasa nyut nyut. mlm tadi muntah 3 x. ngandung? ishhh bukan laaa. seharian semlm dah terasa lain macam. dalam kereta pagi semalam pun sudah terasa simtom2nya. makan tetap makan dengan harapan angin sepoi2 bahasa akan berlalu pergi. tengahari makan nasi mcm biasa siap ode kek coklat pisang lagi sewaktu bertemu asli dan fara.

lepas solat zohor aku cuba melelapkan mata sambil duduk. kalau berbaring sejam belum tentu terjaga lebih2 lagi opis sunyi sepi.

di rumah, aku cuba melupakan angin kus2 dengan membuat kerja2 rumah. bf dah keluar menyambung tugasan terbengkalai tinggal kami anak beranak. bila tak tertahan sangat, aku telan 2 biji panadol. dan dan tu juga isi perut mahu terkeluar. segala yang ku makan sepanjang hari termasuk 2 biji panadol bersepah2 di lantai bilik air. rakyat tak tahu, aku malas kecoh2 nanti dorang kelam kabut. dorang hanya tahu aku sakit kepala aje. lega sikit bila dah muntah cuma kepala masih terasa denyutan.

entah pukul berapa rakyat tidur kerana sewaktu aku berbaring along masih main game dalam bilik sementara angah dan acik menonton tv di depan.

4 comments:

zino said...

ni mesti keje keje keje tak brenti makan .. pasal tu masuk angin..

atauuu....

melor said...

atau apa? ekekkk

Anonymous said...

nih dah ok ke belom?????

zino said...

atauuuu...

mmm nanti nak fikir dulu.. pasal apa ye..