Wednesday, November 16

apa2 aje..

dah brape hari tak update.. idea ada tapi maleh ler pulak. walaupun bos besar 99% tak ujud tapi bos kecik masih ada. jadi kerja2ku tetap berjalan seperti biasa.

balik kerja minggu lepas ada tugasan menanti. jemputan hari raya untuk kompeni. sebelum puasa sebuk jemput orang berbuka puasa pastu sediakan list untuk hamper raya dan deepavali. dah raya nak jemput orang beraya pulak. diaorang ni jenis tak rajin nak reply kata datang atau tidak. dah ler tiap2 tahun berpindah randah dept macam aku juga.

nak buat internal farewell lunch untuk bos kena pospon ke isnin depan sbb ada staff yang cuti. bos pulak baru habis kenduri kawin anak buahnya jadi belum pasti balik kl. minggu depan dan minggu lagi satu agak padat buatku atas beberapa urusan hujung tahun (nak melengkapkan TNI.. apa itu TNI?). dan jgn lupa hujung bulan ni ada bday hehee. saja nak ingatkan.

open house? antara nak buat dengan tidak. sebenarnya aku nak jumpa kekawan aje. kalau ada ramai buat open house, tak payahlah aku buat sbb boleh jumpa mereka di sana. tahun ni nampaknya macam kurang jemputan.

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com
ini bukan gambar raya tapi pemandangan depan sekolah khas di TAR. kurang pasti orang ni siuman atau tidak. berjalan sambil melurut daun kemudian batangnya di campak ke kawasan sekolah.

2 comments:

zino said...

kalau tak banyak jemputan kena buat le tu hehe..

tapi zino dah konfom tak ada OH tahun ni ..tunggu tahun depan kalau panjang umur dan murah rezeki..

atie said...

kau ni misah, gambar tu pun kau nak snap....kalau aku, yang important je....itupun tak terbuat...hehehehe