Monday, January 23

air oh air...

petang sabtu stat tak de air kat rumah. lebih baik tak de letrik dari tak de air. mati kutu nak buat apa2. blok sebelah tak de masalah air hanya di blok kami aje bermasalah. dengar kata salah satu enjin pam tangki terbakar. tunggu isnin ler tu baru diganti baru. pagi tu kami terpaksa mandi dan angkut air ke rumah dari rumah mak utih.

petang minggu lebih kurang pukul 2 tiba2 paip di singki berair. alhamdulillah, lega sikit. dapatlah mencuci pinggan mangkuk yang dah melempah ruah. cuma air di mesin basuh tak naik sbb tekanan air masih rendah. dikesempatan yang ada kami mengisi air ke tong lagi satu mana tahu tiba2 tak de air lagi

jam 8 malam. tiba2 bekalan air terputus buat kali ke 2. aduhhh!!! masa ni jugalah semua orang sibuk nak berurusan kecil besarnya. sekejap aje air satu tong dah habis. masa ni tiba2 aku teringat kg. kalau di kampung tiba2 tak de air, pastinya masing2 akan terjun ke parit yang sentiasa berair di tepi atau hadapan rumah. air hitam tak jadi masalah janji urusan selesai.

3 comments:

atie said...

amik air kat rumah utih? bertambah le nampaknya bil air rumah uth bulan ni....hehehe

Zareda Norman said...

tak de air.. alahai tensennya

zino said...

patut blog ni ada bau... hehe