Sunday, March 12

anak beranak 'mak itik' berenang2 di sg congkak

awalnya nak join bebudak geju berkemah pada sabtu malam ahad lepas namun dibatalkan atas beberapa sebab. berkobar2 pun ada maklumlah kitorang mana pernah berkemah seisi keluarga ditepi sungai sebegini. paling kerap pun pacak kemah tepi atau belakang rumah mak di kg.

namun pagi ahad, kami nekad untuk join pergi berpiknik di sg congkak. tak jadi berkemah tak pe tapi piknik kena teruskan juga. kemah yang kontroversi kena bawa untuk melihat sendiri kegagahan dan kekukuhannya. kontroversi bukan apa sbb kat rumah dah ada 2 biji kemah tapi mahu ditambah lagi atas sebab water proof. tah hapa2 tah...

Image hosting by Photobucket

sebaik sampai, bf pacak kemah ngan bantuan ady dan bebudak geju yang ada diantaranya pertama kali dikenali sementara kami anak beranak berbfast di meja berhampiran. nett, amyz, zul, ady, ungku & rakyat, diman, atokz, sayangmama antara nama2 yang aku ingat. fuyoooo dorang ada barbeque mlm tadi. nasib baik tak hujan u kalau tidak korang barbeque dalam kemah ler jawabnya.

pagi tu kami dihidangkan dengan nasi goreng, sandwic dan teh o w/pun kami ada bekalan sendiri. nasi goreng, ayam goreng, sambal tumis, cekodok udang bertaugei dan kari daging nukilan bf dibawa dari rumah.

lepas makan apa lagi memasing 'kecebommmmmm' berendam. syioknyaaaaaa!!! air memang sejuk tapi yang sejuk sekejap aje. kalau piknik aku memang jarang amik peluang mandi manda begini.

Image hosting by Photobucket
ady & anjib join sekali

Image hosting by Photobucket
'anak dan mak itik' berenang2

6 comments:

Zareda Norman said...

hah kan bes tu.. seronok berendam?

zino said...

kemah ada tiga? tak nak lelong satu ke? hehe

melor said...

lelong? ekekkk

sewa mau?

Anonymous said...

piknik kat sg congkak dan takde ikan bakar... terasa kekurangan.

Walau apa pun mesti masih best krn dapat jumpa air bersih. Dan itik2 dapat berenang.

Tak dapat join sebab kali ini ada majlis kahwin kat somban. Kalau tak pasti akan join sama.

zino said...

boleh le buat pantun anak itik berenang2.. hehe

zino said...

ok ni pantun itik..

anak itik berenang2..
mak itik pun sama berenang..
dapat terendam terasa tenang
dalam fikiran apa di kenang?

jawab jawab.. hehe