Monday, March 27

oppsssss....

setelah penat membebel kat asben, semlm tanpa disangka dia nak klearkan timbunan kain terpakai. dah tak kuasa nak belek sehelai2 pakaian lama tu. dulu cadangnya nak buat projek khas iaitu nak sedekah ke orang atau hantar rumah anak yatim. keadaan rumah kami dah makin semak. tak tahan aku. bertimbun2. last2 semalam sumbat kain2 tu ke dalam beg plastik besar dan bungkus.

bf tunggu dibawah dan memberi arahan aku campakkan bungkusan dari atas. hehee shortcut tuuu. tak payah nak angkut satu persatu. kakak yg jaga rumah sampah berminat nak membelek yang elok2 sebelum dilupuskan. banyak yang elok2 lagi tu. pakaian bebudak dah banyak disedekahkan. ada gak yang dah koyak2. satu persatu bungkusan aku campak ke bawah.

bila bf masuk ke rumah terus keluar statement "terkena astro orang.. sama macam kita punya dulu". aduhhhhh.. sape punya yang kena tu???

4 comments:

zino said...

ni bandaraya datang nak saman.. saya nampak orang buang sampah dari tkt tiga hehe..

fieyda said...

hahahahaa...dan dan abg zino nak saman..ambik kesempatan nih...hehehe

nasib baik baju kalau sampah sah sah mcm iklan tv tuh!!

melor said...

itu kira sampah ler tu acuk.. tp sampah yg boleh digunapakai lagi

MOKCIK AZWA said...

Sib baik setakat nie aktiviti baling membaling 'sampah' nie di kuarters azwa belum lagi mencederakan astro kitaroang tu...dah ler kamek duduk paling bawah sekalik hehehehe