Friday, June 2

kisah semalam..

berbekalkan kudrat yang tak seberapa semalam, aku melayan karenah rakyat jelata seadanya. suruh cuti tapi orangnya tak melekat kat rumah. asik2 gi rumah utih@baby sitter. nak main ngan anak buah mak utih yang berumur 2 tahun.

along aje yang lekat kat rumah. itu pun sekejap2 kekawan datang rumah ajak main. disebabkan dah berjanji nak tolong aku. dia main kejap pastu balik rumah hehee. dia tak tolong apa pun. setakat tolong panggil adik2 balik rumah aje.

adik2 dia plak dah petang baru nampak muka. hangin makcik. tu yang aku buat2 merajuk kat acik. "umi tanak kawan adik sbb adik tanak duduk rumah jaga umi". alahhh merajuk nak manje konon.

menjelang magrib aku perasan acik dok menung kat katil di bilik dia. tak lama lepas tu aku dengar ada tangisan bercampur sedu sedan mendayu-dayu. ishhh tertanya2 gak dia bergaduh ngan siapa. tak terdengar pulak dia bercakaran ngan along atau angah. bila ditanya dia kata "umi tanak kawan adik. adik sedeh.. uhuuuu". lorrrrr kisah petang tadi terbawak2 sampai ke malam rupanya. "ok.. ok.. umi sayang adik, umi cinta adik, umi rindu adik, umi kasih adik... (dan ayat2 yg sewaktu dengannya lagi). ahakssss kalah orang bercinta kalau aku bahsa bahsi.

hari ni angah plak pujuk suruh amik cuti. "angah janji akan ikut cakap umi". minggu depan ler pulak nak oooiiii. esok sabtu dan ahad kan cuti.

No comments: