Thursday, September 28

menghitung hari...

packing barang pun belum
hand over keje apa tah lagi..

semalam, kebetulan nak pegi briefing di hq sempat singgah sekejap di tempat bakal aku duduk dan ber'hi' dengan bos baru. secara kasarnya tugasan nanti lebih kurang kerja sekarang cumanya kerja bertambah sebab kena jaga 2 orang bos besar. yg sorang tu lebih besar pangkatnya dari bos lama.

bila besar pangkatnya tentulah byk kompeni kena jaga. bos yg kecik sikit pangkatnya tu digelar petir sbb kalau bersuara dlm bilik semua orang kat dept tu boleh dengar. si petir tu sama pos dengan x bos.

aku tak pernah berpisah dengan staff MESB sejak menyertai MB. 10 kali pindah randah tetap bersama kakitangan yang lain. bangsar, damansara, kelana jaya, shah alam, gate 5 ktm, kl sentral dan yg terakhir mid valley kami harungi.

dengan hanya 5 orang staff yang tinggal, MESB dipecahkan sedikit demi sedikit. zaman kegemilangan kami di tahun 2000 ada lebihkurang 35 kakitangan dibawah seorang bos bergelar COO (ni cerita MESB; anak syarikat MB). selepas skim pemisahan sukarela, kakitangan yang tinggal hanya 6 orang dikepalai oleh seorang GM. yang seorang memang duduk di site, tinggal 5 orang di opis. bila GM bersara, tinggal 4 orang terkontang-kanting tanpa bos. sekarang yang 4 orang ni pun dah ditentukan dept masing2.

bai.. bai MESB. doakan kesejahteraanku di sana. terima kasih atas pengalaman yangku kutip selama ini. apa pun yang berlaku, MESB tetap dirindui.

No comments: