Monday, September 11

weekend yang bessssss...

salam untuk semua..

hujung2 minggu bila ada acara havoc, isnin mula rasa malas nak kerja. arrrghhhhh!!!!

tak sangka emak ayah mengotakan janji nak datang kl sabtu ahad tadi. selalu tu dorang tak berani nak janji apa2 dan aku pun tak delah berharap sangat. alih2 pukul 12 tengahari hari sabtu ikin call bagi tau atuk nenek ada dikedai. dah pesan kat ayah, kalau nak datang terus ke kedai jangan terus ke rumah takut orangnya tak de. ayah pulak bukan jenis nak talipon dulu kalau nak datang. pernah juga org tua tu bersidai berejam kat luar rumah akibat tak bagi notis siang2.

seronoknya bila mak ayah ada disisi walaupun rumah agak kelam kabut sikit hehee

ahadnya pulak. hanya pukul berapa nak datang aje belum ditetapkan. tiba2 dpt call "kami dah kat nilai". ok ok.. urusan tadinya agak terbengkalai sebab paip di sinki tercabut. air memancut2 ke dinding dan ke lantai. terpaksa tutup suis paip di luar. dah satu keje pulak nak mengelap air disegala ceruk. bila dah selesai baru mula operasi masak memasak yang ala kadar dimulakan. nak kukus pulut, periuknya tak jumpa. malas pulak nak mengeledah 'stor'. seperti biasa SOS pengukus dari rumah akak. itulah untungnya rumah kakak dekat.

alhamdulillah, tetamu datang waktu kami tengah makan tengahari. Ungku, Ady, Nis & jr terpaksa tunggu giliran untuk makan. alaaa kadar aje ekkkk... sesudah beberapa ketika kawan Nis, yg entah sape namanya datang. itu pun sesudah sesi call dan sms yg tak sudah2. kes tak jumpa jalan. kawan nis tu pun terlebih peramah gak. dek kerana semua nak bercakap serentak, aku tak tau nak menyampuk yg mana satu.. bersimpang siur. biskut raya kakak sebelah yg tinggal suku balang dah nak habis dikerjakan sambil berborak2.

apa2 pun terima kasih bebanyak atas kesudian korang datang ke rumah yang serba sempit tu yer.. jangan serik datang lagi...


Nota : pagi ni selamat hantar mak ayah ke pudu raya. orang tua tu berkeras nak balik w/pun cucu2 suh extend balik selasa.

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

7 comments:

nis said...

Kak long....terima kasih bnyk2 atas layanan kak long and abg long. Terasa mcm dah lama sgt kenal ngan abg long tu. My frien tu mmg peramah, mula2 je kata malu nak naik, bila dah duk sembang payah plak nak ajak balik hehehe. Dia la yg kata takut kak log kena tanak nasi 4 kilo beras muahahaha

zino said...

sept 11..

org kat sini tak kisah apa pun org kat amerika berduka nestapa hehe

Zareda said...

melor
melor pun peramah ape..

melor said...

zar, kala itu lidahku kelu.. ekekkk

zino said...

syiuk nya memasing makan.. tak toleh kiri kanan pun hehe

Anonymous said...

epi wiken akak :D

Ly

Azwa said...

wah..seronok la dapat berjumpa-jumpaan ek melur ngan nis...