Friday, December 29

cuti hujung tahun...

cuti sekolah dah nak sampai penghujung. tinggal beberapa hari lagi. tahun baru 2007 dan raya Aidiladha bakal menjelma.

sepanjang cuti sekolah yang masih bersisa ni tak banyak aktiviti berlaku. walaupun aku bercuti beberapa hari semasa ketiadaan bos bernama AA, cutiku lebih banyak dihabiskan di rumah tak seperti orang lainnya. seronok rasanya dapat bersantai di rumah. berkemas memasak.. memasak berkemas balik. tapi sempat juga kami bercuti di hotel concorde shah alam menggunakan voucer keahlian (bayar tak berbaloi). sempat juga menghantar along ke summer camp di sungai congkak. atas lagi dari pot yang kami/geng jk selalu piknik. 3 hari 2 malam rasanya belum cukup untuk memberi motivasi membina pada dia. mungkin lain kali kena hantar ketiga2 beradik sekali gus hehee (balik kem lagi kuat menyakat adik2.... adehhhhhh)

hari ni aku bercuti. nak ke mid valley lagi. oh ya! hari krismas lepas aku ke opis lama di sana. bukan apa.. aku dah diarahkan mengangkut barang2 sepeninggalanku dari sana. dorang nak buka partisen2 yang tak bertuan supaya opis jadi lapang. bonet kereta penuh dengan barang2ku termasuk laci beroda yang setia sejak 7/8 tahun lepas (kes malas punggah laci). jangan tak tahu.. aku kena sound dek securiti guard dibawah bangunan sebab punggah barang tak bawa surat dari management. mana ler aku tahu nak punggah barang turun dari opis kena pakai surat. hari biasa mana sempat nak singgah punggah memunggah. bukan apa.. baru lagi kes kecurian berlaku di sana. kes curi barang opis dari blok yang sama dengan opis lamaku.

oklah.. itu aje coretan untuk kali ini.

3 comments:

Anonymous said...

selamat bercuti

atie said...

ahahaha cuti berkemas, pastu memunggah, tapi kena sound ngan guard. kira adventure gak tuh

Zareda Norman said...

kenapa tak saun jer guard tu balik.. hehhehe