Monday, February 26

bagi ler semangat sket...

lama memang lama tak update

aku sibuk... betul2 sibuk. di opis nak sembang sekejap pun tak sempat. balik rumah, kerja rumah pula menanti.

masa mula2 tukar dept, risau juga kalau tak boleh nak pikup tugasan diberikan. alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun agak kelam kabut juga belajar banyak benda baru (iyelah.. 10 tahun duduk di dept yg sama.. tentulah segalanya kacanggggg).

baru nak rasa selesa sikit.. seorang teman sejawatan nak berenti kerja atas alasan peribadi (dulu sejawatan sebelum tukar pos jadi admin). kabarnya bos tak mahu ambil pengganti. ada beberapa tasks kena hand over pada aku. ini bermakna aku kena jaga 2 bos besar sepenuh masa disamping tugasan yang lain. tugasan lain tu berupa daily dan weekly tasks disamping kena follow up apa2 yang perlu.

aku risau betul kalau tak mampu nak buat (belum apa2 dah fikir negatif... ishh ishhhh)

kekawan tulung laaa bagi semangat sket.

3 comments:

zino said...

nampak nya sekarag dah jadi orang penting di pejabat tu.. tambah lagi bila terpaksa mengurus dua bos yg mungkin berlainan cita rasa dan kehendak..

maknya membuat kerja yg sepatutnya di lakukan oleh dua org berasingan.. bila ini terjadi secara mendadak tentu akan berlaku satu kejutan .. terasa macam kekurangan masa utk berkejaran kesana kemari.. selalu tension.. takut kalau kalau servis yg di berikan tidak mencapai standard yg di mahukan.. sehingga tak cukup masa utk diri sendiri.. nak pi TT pun tak sempat hehe

tapi mungkin bos mempunyai keyakinan melor boleh dan berupaya melaksanakan tugas2 tersebut maka tugas itu di serah utk di laksanakan sendirian tanpa pembantu..

berikan sedikit masa apabila melor telah selesa dengan tugas2 yg mencabar tersebut.. keadaan akan berubah dan melor akan berupaya mengawal keadaan..

kalau kat sini dah boleh minta alaum menanggung tu.. sorang buat kerja utk dua org.. selamat berjaya..

MOKCIK AZWA said...

Melor,

salam...sibuk bebenor ek..tak menang tangan nak mengurus dua orang bos tu ek.

anyway..mesti melor boleh buat task nie dengan jayanya. Memula mungkin sukar tapi bila dah dapat rhytm dia...pasti jadi kacaaangg jugak.

Melor boleh!!

banggugar said...

salam bertamu..
umat melayu boleh.. (",)